Memaparkan catatan dengan label Aku dan Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan Kehidupan. Papar semua catatan

Sabtu, November 15, 2014

 Masih Bernafas...

Assalamualaikum... Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Kuasa untuk aku menjengah kesini...sudah hampir 2 tahun blog ini tak terisi...entah bagaimana tergerak dihati ini untuk menjengahnya kembali...alhamdulillah...aku masih disini... Selama hampir dua tahun ini, banyak yang telah berubah...aku, kehidupanku, keluargaku, sahabat2ku, masyarakat sekelilingku....yang nyata, segala kenangan yang berlalu sunguh aku rindu...rindu teramat rindu... Besok hari anugerah kecemerlangan...tugasku sebagai ajk persiapan dewan sudah selesai...namun perlu jua untuk aku menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada majlis yang gilang gemilang itu...badan ini terasa penat...ditambah pula tadi aku baru lepas bersukan...bermain badminton bersama teman2...sudah berbulan tak menyentuh raket...akibatnya..sakit2 seluruh badan...aduii... Apapun...semoga hidup aku akan lebih diberkati, dipermudahan segala urusan...Harapanku jua semoga aku diberi kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu disini agar ia tidak sepi seperti sebelumnya...sehingga berjumpa lagi...

Ahad, Februari 13, 2011

 2011

Salam,

Kini sudah menjelma 2011...banyak perkara sudah berlaku. Sekian lama aku x update blog ini. Baru kini terasa ingin mengemaskini. Tapi aku x pasti sampai bila.

2010 sudah berlalu dgn seribu kenangan. 2011 hadir dgn pelbagai harapan. Semoga hidup aku, isteri dan keluarga akan lebih baik dan diberkati Allah dan kami sentisa dalam rahmatNya.

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Khamis, September 09, 2010

 Selamat Menyambut Hari Raya

Salam untuk semua,

Hari ini genaplah 30hari ummat muslimin muslimat di Malaysia berpuasa. Ini bermakna, Ramadahan bagi sessi 2010 ini akan berakhir.

Perasaan sedih, pilu, sayu, gembira masing2 bersilih ganti meniti kotak hati dan minda ini. Entah Ramadhan akan datang dapat lagikah bersua ataupun macamana. Hanya doa dapat dipanjatkan kehadrat Ilahi semoga diberi kesempatan untuk terus dapat mengecapi nikmat Ramadhan tahun hadapan. Semoga aku tidak menjadi orang yang celaka apabila berakhirnya Ramadhan tahun ini.

Besok hari raya. Kecil, besar, tua, muda semua bergembira. Miskin, kaya semua turut merasai. Cuma cara meraikannya berbeza mengikut keadaan masing2. Bagi yang berada, jangan dilupa mereka yang sengsara. Hulurkan bantuan selagi berupaya. Semoga hari raya dapat disambut dengan gembira oleh semua bersama rasa kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga pada hari raya ini, kita semua akan kembali kepada fitrah kita sesudah sebulan menjalani tarbiah nafsu dibulan mulia, Ramadhan al-mubarak. Jangan cemari hari raya dengan perkara maksiat. Jadikan hari raya hari menginsafi diri dan penguat untuk terus mempertahankan diri dari serangan nafsu. Dapatkah sebulan bulan puasa mentarbiah kita untuk menghadapi 11 bulan bulan cubaan. Ataupun kita sudah tersungkur awal2 lagi dibulan tarbiah ini??...masing2 empunya diri bisa menjawab soalan itu dengan tepat.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya buat semua muslimin muslimat pembaca blog seantero dunia semoaga kita semua beroleh berkat dihari mulia ini. salam ikhlas dari aku dan keluarga.

Selamat Hari Raya.

Selasa, April 13, 2010

 Banyak Telah Berubah...

Salam,

Begitu lama aku tidak menjengokkan diri ke blog kesayangan aku ini...terlalu lama...kalaulah ia sebuah rumah...sudah pasti ia telah dipenuhi sesawang...sehingga kesaat ini...banyak perkara telah berlaku...banyak benda yang telah berubah...

Sekarang, aku hidup dalam kehidupan yang berbeza dengan kehidupan yang lalu...kehidupan yang lebih bermakna, bersama insan yang sudi berkongsi kasih sayangnya denganku...semoga Allah memberkati kehidupan aku dan dia.

Hidup ini sementara...jadikan dunia ladang untuk mengumpul amalan sebanyak mungkin...ila lliqa'..

Isnin, Februari 08, 2010

 Hanya Sekejap...

Salam...
Hari ni aku bekerja balik...berehat cuti ujung minggu sehari je...Sabtu pun terpaksa keje sbb ganti untuk cuti...cuti punya pasal xper la...

Penat masih x ilang lagi...Sabtu lepas(6/2/10)...kene jadi hakim untuk sukan tara...aku kene jaga bahagian lompat jauh bersama 3 org cikgu yg lain...lebih kurang pukul 12 baru abis...

Ahadnya berkesempatan la aku berehat barang sehari...tengok rumah yg dah mula berdebu...rasa tak senang...lama jgak dah tak sapu rumah...walaupun sehari x sapu...emm...debunya sudah ada...inikan pula berhari2...sapu rumah...basuh baju...petangnya plak ustaz zaidi ada dtg...bagi kek kak sarah dgn kertas kerja...lepas dia balik aku mula la plak bersihkan laman rumah...kertas2 kotak yg ada...kayu kayan...abih aku bakarr.....sblm ni bukan taknak bakar tp aku ingatkan kawan aku nak pakai lagi...dah berminggu dok situ..dari dok sepah2 kat situ baik aku buat halau nyamuk...bakarrr la apa lagi...rumput pun dah mula tumbuh...ambik cangkul...aku cangkul rumput yang aderr....
Adoii...sakit pingge jugok....

Mlm tu plak...boring tgk susun atur bilik aku ni...aku pun ubah la lagi suh nampak luas...hmm...pusing sana...pusing sini...sempit la jgak...dah mmg bilik aku ni kecik...hmmm...ntah la...barang2 banyak jugak...jenuh dah aku susun...masalah aku ni takkan selesai selagi tak dapat bilik yang besar..hmm..ntah la...

Begitulah...walaupun cuti sehari ni...bukan la rehat sepenuhnyaa...kalau rehat sepenuhnya alamatnya...rumah berselerak...laman jadi hutan belantara...bilik tonggang langgang....
Semoga bersua di coretan yg lain...

Khamis, Februari 04, 2010

 Sudah Lama...

Salam,...
Memang sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu disini...kesibukkan 2010 membatasi segalanya...hari ini berkesempatan untuk menghiasi laman blog aku ini yang ditinggalkan sekian lama...

2009 telah pergi.Kini 2010 bertandang sudah...sudah masuk bulan kedua ditahun baru ini...sungguh cepat masa berlalu...kalau diteliti kalendar tahun ini, bagaikan suatu kebetulan...kebanyakkan perayaan yang disambut jatuh pada hari Jumaat...adakah ini suatu petanda??...

Skrg sekolah mula sebok dgn persiapan sukan tahunan. Rabu dan Khamis ada latihan untuk rumah sukan. Bila kena giliran aku, maka hari itu aku bekerja seolah2 bekerja di pejabat..."office hours.."..mana taknya..turun dr rumah dalam kul 6.45pg..sampai kerumah plak jam 6.30 am...hmm..penatnya tak terhingga...hampir 12jam..tak mustahil la aku walaupun sambil menaip aku tertido...

Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuhi segalanya ditahun ini...jumpa lagi di coretan yang akan datang...

Ahad, Disember 27, 2009

 Di Penghujung Cuti

Salam untuk semua...

Begitu cepat masa berlalu...sungguh cepat aku rasakan...cuti yang dulunya panjang sudah jadi pendek...cuma tinggal sehari je lagi...lusa aku akan kembali semula ke Perak, tempat aku mencari sesuap nasi.

Sudah agak lama aku tidak melakukan pengemaskinian terhadap blog ini...selalu tertangguh...sehinggalah kehari ini...hari2 terakhir cuti yang panjang...

Berada dikampung seolah2 tidak terasa akan perjalanan waktu...sebulan kurasakan bagai sehari...berbagai2 perkara telah berlalu...agak panjang untuk kucoretkan disini cuma yang pastinya, aku membuat sedikit persiapan untuk hari2 terakhir aku sebagai seorang bujang.

Di kampung memang berlainan dgn keadaan aku di tempat orang. Maklumlah...disana aku cuma bersama kawan2. Di kg aku bersama keluarga dan kawan2...kemeriahan tu terasa terutama bila berkumpul bersama...teringat aku semasa kecil. Waktu itu boleh dikatakan semua tinggal dikampung. Cuma seorang dua je berada diluar. Saat itu terasa indah. Terlalu indah. Sekarang, bila berkumpul bersama,kemeriahan dulu bagaikan bertandang kembali...walau dalam keadaan dan situasi yang berbeza.

Ingin sekali aku berenang2 di dalam taliair didepan rumahku ini. Namun keadaan airnya membantutkan keinginanku. Mungkin disebabkan kerja2 membajak disawah menyebabkan warna airnya berubah menjadi warna "tea susu"...:)

Pada suatu petang yang hening...aku terlihat pelangi yang indah muncul jauh dikaki langit dihujung kampung. Itu lah pertama kali aku melihat pelangi setelah sekin lama tidak berkesempatan menatapnya. Sungguh indah...Sewaktu kecil,oleh kerana terlalu ingin melihat pelangi, sewaktu mandi, aku selalu masukkan air kemulut kemudian hamburkan keluar sekuat mungkin kearah cahaya matahari menjadi seolah2 gerimis turun. Tatkala itu terbentuklah pelangi...siap boleh pegang lagi pelangi tu hehehe..


Pelangi Yang Indah

Zaman semakin berlalu...kehidupan semakin berubah....umur semakin meningkat...hayat semakin tiba kepenghujungnya...amalan entah kemana lagi...moga2 hati dicampakkan nur hidayah oleh Yang Maha Kuasa...kekuatan untuk mengumpul sebanyak mungkin bekal untuk dibawa kesana nanti...moga mati kita Dalam Husnul Khatimah...Sehingga berjumpa dicoretan yang lain...kalau rajin mungkin tahun ini...kalau malas, tahun depan jumpa lagi..Salam..:)

Rabu, Disember 09, 2009

 Cuti

Salam...skrg berada di rumah kat kg...

Hari ni cuaca cerah...keadaan semakin pulih...matahari sudah mula memancar...tapi tak tahu lagi sampai bila...kerana skrg ini masih dalam edahnya...harap2 cuaca akan baik hingga hari2 seterusnya. Sebelum ni, air sempat naik dihalaman rumah aku kat kg ni dalam satu anak tangga, tak la dalam sgt. Namun begitu, risau jugak la...takut2 tgh dok bestt tido, air semakin naik...alhamdulillah la...skrg, cuaca amat baik...

2-3 hari lepas, ramai penduduk dikejutkan dgn trajedi kereta terjunam masuk kedalam KB Mall K.B. Pada mulanya ingatkan bangunan KB Mall yg runtuh tapi rupa2nya kereta yg merempuh dinding sebelah atas tempat parking lalu terjunam jatuh kebawah.

Sungguh menyayat hati. Ada yang terbunuh. Semuanya pelajar master skill. Ucapan takziah buat keluarga mangsa.

Skrg ni orang ramai sudah berkurangan berkunjung ke KB Mall. Walaupun sudah dibuka. Mungkin kesan kejadian tersebut...bangunan KB Mal pun nampak ada kesan retakan. Walaupun bukan disebabkan kemalangan tersebut, tetapi mungkin disebabkan oleh pembinaan fly over yang bersebelahan. Harap2 ada pihak tertentu yang pergi memantau keadaan tersebut.

Baru2 ni aku ada ke Padang Lembik dekat Ketereh. Pergi dengan Hambali. Pegi amik gambar. Hambali kata kat situ cantik permandangannya. Maka pada petang itu aku kesana. mmg kawasannya cantik. Bendang sawah dengan jambatan dan taliair dibawahnya.

Kat bawah ni aku kongsikan gambar2 yang aku amik. Aku buat HDR tapi tak tau la jadi ke idak...selamat menonton..:)



Bali posing atas retok


Retok ke pdg lembik


gate air


Dua arah...

Khamis, November 05, 2009

 Data...data...data...

Salam,

Hari ni aku tak kesekolah. Hari ni penyerahan data untuk daerah aku...dua tiga malam dah tido lewat gara2 data...nak buat macamana...sudah tugas aku...

Lebih kurang kul 8.30 ke kul 9.00...aku dan kengkawan pegi ke tempat berkenaan. Sampai sana, sudah ramai yg tiba...begitulah rutinnya setiap tahun...data perlu dihantar 2 kali setahun...pertengahan tahun dan akhir tahun...kalau berlaku kesilapan..memang mahu menangis...mana taknya, orang lain dah mula angkat kaki...yang kita pulak terkial2 dok cari mana silapnya...setakat ni...takder plak terjadi kat aku...syukur



Beginilah sebuknya keadaan para2 pengisi data...kalau ini yg first time antar data tu...merasa la akan kepeningannya kekeke



Ustad Muhammad selaku JU data yang baru menggantikan Ustd Hamizun. semoga beliau tabah dalam menangani karenah data....


Beginilah keadaan diakhir tahun...banyak data2 yang perlu disiapkan..semoga kami tabah menghadapinya...data oh data...

Isnin, Oktober 26, 2009

 IIU...Kenangan Yang Tak Bisa Di lupakan...

Salam,

Sabtu yang lepas aku ke KL. Deli nak hantar laptop adik dia di IIU PJ. Dalam kul 3.30ptg kami bertolak. Sampai kesana kul 5 lebih.

Bila kaki aku menjejak kembali ketanah IIU PJ, segala kenangan waktu belajar dulu terimbau kembali. Banyak sudah berubah. Bangunan2 sudah bercat baru. Penghuninya juga sudah berubah....

Sewaktu dulu, aku ditempatkan di ABC (Abu Bakar College) sehinggalah aku ke main camp di Gombak. Aku tak pernah berpindah kolej, cuma pindah bilik je. Namun sekarang ABC yang aku inap dahulu sudah bertukar penghuni. Kalau dulu hero yang menjadi penginapnya namun sekarang sudah bertukar kepada heroin. Andainya tmpat kediaman ini masih lagi bernama ABC, mahu shj aku naik tengok balik bilik aku dulu...


Beginilah wajah ABC sekarang. Skrg dah jadi KC(Khadijah College). Warnanya juga sudah berubah. Lagi cantik berbanding dahulu. Arus perubahan yang menukarkan semua ini seiring kenangan yang berlalu.

Bangunan kuning biru yang bersebelahan dgn KC itu namanya UKC dan ia kekal sampai sekarang. Masih lagi didiami oleh pelajar lelaki. Cuma warnanya shj yang bertukar.



Ini dalam masjid yang berhampiran dgn matrik PJ tu. Aku lupa apa nama penuh dia. Disini pun banyak kenangan aku dan kawan2 terutama pada bulan Ramadhan. Berebut2 nak pg berbuka puasa kat sini. Bukan sbb apa sebab free la tu sehingga pernah sekali diumumkan supaya pelajar2 matrik pj ni tak leh gi ramai sgt berbuka sbb takut tak cukup makanan utk org lain yang singgah kat ctu utk berbuka...ye la...semua dah disapu dek student2...kikiki...


Lepas solat Asar, Deli mengajak aku ke main camp pulak. So, kami pun bertolak la ke Gombak. Pergi mengimbau kenangan disana plak. Sampai disana, dekat Audi baru lepas pertandingan Tilawah al-Quran dan Nasyid untuk masyarakat Asli. Kemudian kami ke Cafe HS untuk minum air sambil meninjau keadaan disitu, tempat aku selalu parking dulu sebelum @ selepas kelas bila nak makan atau minum. Cafe HS pun dah dicat baru. Nampak harmoni. Disana sini student2 ramai yg dok melayan wireless internet. Kalaulah zaman aku dulu pun cam ni mesti best..huhuhuhu..




Bila masuk waktu Maghrib, aku dan Deli ke masjid. Bila terdengar azan berkumandang...kenangan dulu terimbau seketika. Memang lunak suara muadzinnya...foreigner yg jadi tukang azannya...itulah istimewanya IIU...berbilang bangsa...bersolat dimasjidnya membuatkan aku merasa sayu, pilu....teringat kisah2 dahulu bersama kawan2...



Tak sempat aku nak amik gambar kat tempat2 lain disebabkan waktu tak mengizinkan...InsyaAllah aku akan kesini lagi...walau sudah bertahun aku tinggalkan IIU ini, namun aku tidak pernah lupa bahawa aku dulu pernah bergelar Mahasiswa IIU...IIU tetap diingatan...

Sabtu, September 12, 2009

 Bersooping di Ujung Minggu

Salam

23 Ramadhan 1430

Hari ini hari Sabtu. Cuti hujung minggu. Kawan aku Mat dari Sg Samak ada datang. Datang untuk berpuasa, berbuka, bersahur bersama.

Hari ini aku dan kawan2 merancang untuk pergi bersuping. Dalam kul 11.45pg, kami berempat bertolak ke Ipoh. Pada mulanya nak ke Teluk Intan shj, tetapi dek kerana suggestion member aku si Mere, aku pun hasut member2 serumah aku ke Ipoh hehehe...

Kami sampai ke Ipoh dalam kul 12 lebih. Destinasi pertama ialah Jusco Ipoh. Mmg orang tak dinafikan akan keramaiannya. Masing2 mengambil peluang untuk bersuping membeli belah untuk keluarga dan diri.

Pusing punya pusing satu Jusco, tak banyak pilihan utk baju raya. So kami pun kuar dr Jusco. Cadangnya nak gi Ipoh Parade lps tu. Tetapi dek kerana masa on da way tu kami terjumpa UO dulu, so UO lah destinasi kedua kami. Manusia disitu lebih ramai berbanding tempat tadi.

Tengah kami elok dok beratur utk masuk parking ke sebelah jln sana, ada dua kete yang dipandu oleh makhluk yang tak reti nak sabar ni potong didepan kami. Main potong camtu je...mau je kita orang angkat kete diaorang tu campak dalam longkang. Orang semua elok dok bertur alih2 dia dengan senang hati potong camtu je. Takder adab langsung...arghhhh...sib baik kami masih dalam level kesabaran yg tinggi. Geram btull!!:26:
Masuk ke Green Town Mall(dlm tu la ada UO), orang berpusu2...fuh...jalan pun cam orang dok tawaf kat Mekah...perlahan jee...kami then masuk UO...memang banyak juga la pilihan...pilih punya pilih...tgk2 jam dah 3.30ptg..fuh..sekejap giler...kami kemudian bergegas membuat pembayaran. Tak sedar langsung masa berlalu. Aku sempat juga la menghabiskan duit dlm 100 lebih...beli baju raya...warna ijo lagi hehhee...

Selepas itu, singgah di Mesjid berhampiran sekejap dan meneruskan kembali perjalanan balik kerumah. Sampai di Tapah, kami singgah di bazar Ramadhan sekejap. Cari juadah utk berbuka. Hari ni meriah skit. Saman pun ada datang. Berbuka puasa beramai2. Aku,Deli, Tok E, Mat dan Saman.

Malamnya aku berterawih di surau berhampiran dgn Mat. Yang lain ke Tanjung Malim selepas maghrib sbb Saman terpaksa gi amik sepupunya yang terkandas dekat situ. Ketenya rosak.

Dalam suasana menjelang raya ni, semua orang nak cepat...tetapi beringatlah...bukan hanya kita sahaja yang nak cepat, orang lain pun sama. jadi bersabarlah dalam apa jua tindakan kita. jangan sampai orang menyumpah seranah dek kerana perangai kita yg tak tahu sabar tu. Selamat membuat persiapan raya utk semua. Apa yang penting(ikut rentak wonderpets hehe)...dalam kesibukkan kita sentiasalah ingat Allah.

Jumaat, September 11, 2009

 Sayu Di Ramadhan ini...

Salam,

Sudah seminggu aku diPerak. Hari ini sudah masuk hari ke-21 Ramadhan. Macam-macam yang sudah berlaku...segala macam terlintas dibenak fikiran aku. Dari aku kecil sehingga aku dewasa...semuanya terimbau kembali...Entah kenapa hati aku tiba-tiba merasa sangat sayu...

Sewaktu zaman kanak-kanak hingga kesekolah menengah, aku merasakan itulah saat paling indah...saat yang tidak dibebani oleh pelbagai masalah...dan sudah semestinya zaman kanak-kanaklah zaman yang teramat indah...

Kalaulah boleh diputarkan masa, aku mahu kezaman itu semula...bertemu semula segala kenangan yang kini sudah lama pergi...Ingin berjumpa arwah atuk...nenek...dan semua mereka yang wujud tatkala kenangan itu berlaku. Tapi kini...kampungku ku rasakan sunyi sepi...yang ada hanya deruan motor bebudak yang menyemakkan telinga setiap kali mereka melintasi ruang kampungku. Suasana sudah berubah...

Masih aku ingat lagi...sewaktu aku ditingkatan peralihan,sewaktu pulang dari sek, aku berlari-lari untuk cepat sampai kerumah. Nak gi tgk Drama Rumah Kedai punya pasal. Memang drama itu cukup memberi seribu kenangan buat aku. Masa tu, rumah aku masih xder TV lagi. Maka kerumah sepupu aku lah tempat aku menonton...kalaulah drama itu boleh diulang tayang kembali, mgkin segala kenangan akan muncul kembali...

Kampung aku pada waktu itu memang tersangat tenang. Bebudak berlari-lari kesana kemari. Kalau bulan puasa jatuh pada musim menuia padi lagi seronok. Suasana disitu tak dapat nak digambarkan...betapa meriahnya...siibu berada didapur menyiapkan juadah berbuka manakala siayah pula sebuk dibendang. Mengisi padi yang telah dituai kedalam guni...anak-anak berlari diatas jerami padi...termasuk aku la tu...aku rinduuuu semua itu....:17:

Memang suasana petang pada waktu tu menggamit kalbu. Dulu aku sempat bersama kawan-kawan aku bermain meriam buluh. Walaupun bukan aku yang menyalakannya, namun kemeriahannya memang terasa. Waktu tu takder kes putus jari...sbb kami main meriam buluh hanya menggunakan minyak tanah...lagipulak...meriam yang kami gunakan tu dilengkapi dengan alat perlindungan yang kukuh...apa lagi kalau bukan tiub beskal dan dawai...walaupun buluh itu pecah sekali pun...ia takkan terburaii...cuma ada satu dua kes...sepupu aku dan kawan aku yang jadi tukang nyalakan meriam tu terkena api masa meniup kedalam lubang buluh tu...sehingga rambutnya dah macam bulu biri2 dah...kerinting semacam je hehehehe....terkena sambaran api,tapi itu taklah merupakan cedera yang terukk...tambah seronok lagi ada kiukiukiu...

Sekarang ni semua tu sudah tinggal kenangan....skrg ni, bila dah keje...tambah pula berada ditempat orang, memang keseronokakan seumpama itu tak dapat nak dirasakan lagi...sekalipun aku balik ke kampung sekali sekala...namun susana itu kini sudah lenyap...kawan-kawan sudah membawa haluan masing-masing...begitulah hidup ini...Sekarang ni...bila dah keje...macam-macam masalah yang dihadapi...masalah emosi, jasmani dan macam2 lagi.....waaaaaaaarghhhhhhhhhh aku nak kembali kezaman kanak-kanak akuuuuu!!!!!!!!:12:

Sabtu, September 05, 2009

 Takdir Penentu Segalanya...

Salam...

15 Ramadhan 1430

Sebelum puasa hari tu aku bertekad untuk update blog ini tiap-tiap hari. Aku nak jadikan diari maya aktiviti aku dibulan puasa ni. Namun kita sebagai makhluk ni hanya mampu merancang...ketentuannya Yang Maha Kuasa tentukan.

Hari ini sudah masuk hari kelima belas kita berpuasa. Ini bermakna sudah separuh bulan kita berpuasa. Last aku update haritu pada hari kelima puasa. Hari keenam tu tiada apa yang aku nak tuliskan cumanya hari itu masa nak berbukak puasa tu, masa nak sendukkan nasi kepinggan tgk2 nasi tak menjadi nasi lagi...mak aku lupa nak masak hehehe...nak wat camner...kami makan nasik lepas solat Maghrib.

Kemudian, pada hari keesokkannya, hari ke-7 puasa, pada pukul 5pg, pak sedara aku cal mengatakan bahawa emaknya sudak meninggal dunia. Terkejut juga aku mendegarnya sbb seblm ni dgr khabrnya dia sehat. Hatta pada pg itu pun, dia yang mengejutkan anak-anak dan cucu utk bersahur. Tapi itulah, ketentuan Allah ini tiada siapa pun yang dapat menduga.

Hari itu hari Jumaat. Dalam kul 9pg, aku, ayah, abang dan anak buah aku yg berumur 6thn pergi untuk melawat keluarga simati di Kg Lawang, Batu Gajah, Jeli. Semasa dalam perjalanan balik itulah sesuatu yang tak terduga berlaku pada kami.

Dalam perjalanan pulang itu, dipertengahan jalan, aku terlelap seketika. . Aku tertido...cuma bila aku tersedar...aku sudah berada di Hospital Machang...aku sedang berada dihadapan doktor. Disisi aku aku lihat ayah aku. Mulutnya berdarah dan kepalanya bengkak. Aku masih keliru...apa yang terjadii???....doktor meminta pembantunya membawa aku untuk dijahit. Selepas dijahit, aku dibawa ke bilik x-ray. Kepalaku dix-ray. Sewaktu berada diatas kerusi roda itu, aku rasa terhoyong hayang. Kemudia aku diletakkan diatas sebuah katil. Sewaktu itulah ayah aku datang dan menceritakan apa yang terjadi. Kami Kemalangan jalanraya!

Aku kemudian dimasukkan kewad. Hanya aku seorang. Ini kerana aku tidak sedarkan diri sewaktu kemalangan berlaku. Abang aku luka dikepala. Kepalanya bengkak. Mujurlah Allah memelihara anak sedara aku yang berumur 6 thn itu. Dia tidak sedikitpun cedera.

Sewaktu dalam wad, aku merasakan seluruh badan aku sakit2. Aku terpaksa solat sambil duduk. Duduk atas katil. Sewaktu mengambil wudhu', aku terpaksa membawa botol air yang dimasukkan kebadan aku bersama. Betapa sukarnya. Itulah ujian dari Allah buatku.

Keesokkan harinya, aku sudah dibenarkan balik. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku dekat kepala aku. Cuma rasa sakit akibat terluka dan kepeningan yang amat sangat. Kaki aku turut luka...Bila sampai kerumah, aku nampak kereta abang aku yang terlibat dgn kemalangan itu remuk. Sudah tidak boleh dipakai lagi. Kecuali kalau dibaiki balik. Itupun mungkin akan mencecah ribuan ringgit. Abang aku tak mampu.

Bermula dari hari itu, niat aku untuk update blog aku setiap hari terbantut. Sehinggalah kehari ini. Selepas lebih kurang seminggu sehari kejadian, barulah aku berkesempatan utk update. Begitulah ujian Tuhan kepada aku dibulan puasa ini.

Apa-apa yang akan terjadi kepada kita tiada siapa yang mampu menyangka. Hanya doa kepada Allah Taala sahaja yang mampu kita panjatkan agar sebarang kejadian buruk tidak berlaku kepada kita semua. Apa-apa yang kita lakukan, sentiasalah ingat kepada Allah. Hanya Allah yang mampu melindungi. Bila diuji, bersabarlah kerana Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Rabu, Ogos 26, 2009

 5 Ramadhan 1430

Salam,

Hari kelima puasa.

Pagi bangun sahur. Selepas solat Subuh dan baca Quran, ngadap komputer sekejap.

Tengaharinya aku ke KB. Nak gi tengok Parkson dan Giant yang baru dibuka. Lepas siap segalanya, aku capai motor anak buah aku dan memecut ke KB.

Sesampainya aku dekat bulatan kijang(skrg dah takder kijang dah, digantikan dengan rehal), aku dah nampak perubahan yang berlaku dekat bandar KB. Kebanyakan jalan sudah disehalakan. So jalan di KB jadi semakin luas...

Sesampainya aku didepan Parkson, aku tgk kete berpusu-pusu kuar masuk. Parking yang kat bawah Parkson tu dah penuh(untuk kete la..)Aku cari parking motor. Aku parking dekat depan Pasar Siti Khadijah.


Bangunan Parkson/Giant

Semasa aku berjalan masuk ke Parkson, sempat melilau kekanan dan kekiri. Memang KB dah berubah terutamanya dari segi sistem jalanrayanya. Dah takder wakaf-wakaf tempat berehat. Semuanya dah bertukar menjadi jalan. Ye la, kalau tak buat camtu tentu lalulintas di bandar KB menjadi makin sesak.

Besar juga Parkson ni bisik hati aku. Kalau tak silap aku 4 tingkat semuanya. Campur ngan ground floor 5 tingkat. Secara keseluruhannya, bangunan Parkson/Giant ni belum siap sepenuhnya. Banyak lagi sudut yang belum siap namun mungkin akan disiapkan dalam masa terdekat.

Tiada lagi wakaf-wakaf...sumer dijalankan..:)

Selepas balik dari KB, aku singgah sekejap di PC Depot wakaf siku. Pastu aku terus memecut balik ikut telipot ikut jalan baru keluar ke Pasir Hor. Aku tak terus balik kerumah. Aku pecut motor aku ikut highway ke Tendong. Ingat nak gi cari umah Hazar je tapi bila dah jumpa, aku singgah la umah dia kejap. Borak-borak. Tak sedar hari dah gelap!...bukan gelap nak maghrib la,..gelap nak ujan hehehhe...aku terus minta diri. Dalam perjalanan balik, aku dikejar awan hitam dan angin kencang...Walaupun sempat awan hitam itu mengejarku namun nasib aku baik sebab dia tidak memuntahkan air yang dikendongnya. Sesampainya aku kerumah, hujan turun dengan lebatnya. Selamatt aku...tak kene ujan...:)


Awan yang mengejar aku..:)

Petangnya pulak, selepas solat asar, aku ke Pekan Peringat. Gi Pasar Ramadhan. Tempat anak buah aku, sepupu dan jiran aku berniaga. Aku dah bagitau anak buah aku siap-siap supaya dia beli lauk dan kue. Sesampainya disana, orang punyer la ramai. Kalau pegi dengan kete konfirm susah nak parking.Masa nak balik tu, aku tgk abang polisi dok menyaman kete yang parking kat tengah jalan. Ye la, dah takder tempat parking dibantainya parking dekat tengah jalan tu...nak wat camnoo....:)

Hari ni aku berbuka puasa seperti biasa bersama emak dan ayah aku. Malamnya pulak aku ke masjid bersama ayah aku berterawih. Balik tu aku terus landing tido x sedar hape dah...buah hati msg pun tak sedor dah...sori ye wak...:)

Selasa, Ogos 25, 2009

 4 Ramadhan 1430

Salam,

Hari keempat puasa.

Hari ni seperti hari-hari sebelumnya dibulan Ramadhan ini.Pagi bangun sahur, solat subuh. Waktu tengahari,abg Yi ada datang. Dia datang nak update antivirus disamping menunggu k.Ina selesai preksa PTK di SMK Kadok tapi broadband celcom bermasalah plak...asyik down je...tension.

Hari ni aku tak dapat nak ke bazar Ramadhan sbb motor digunakan oleh anak buah aku. Segala benda utk berbuka dah dipesan kat dia suh beli siap-siap. Petang itu juga, abg Din ada datang. Juga datang bawak lauk utk berbuka. Dalam kul 5 ptg, ank buah aku balik.Selepas bawak balik lauk untuk berbuka, anak buah aku ke KB plak. Dia berbuka disana.

Sebelum menunggu waktu berbuka, aku jalan-jalan depan rumah. Terasa sunyi juga kampung aku ni maklumlah masing-masing ada kerja yang hendak dibuat. Para perantau belum balik lagi sbb ni baru permulaan puasa. Aku ni pun sbb cuti. Terasa juga bosannya ditambah pulak motor hari ni plak takder. Tapi sekurang-kurangnya aku kat kampung. Bosan berada dikampung ni jauh bezanya dengan bosan berada ditempat orang...

Selepas solat maghrib, aku menunggu anak buah aku balik sbb nak pakai motor untuk ke masjid. Tunggu punya tunggu dia belum balik jugak. Mungkin dia berterwaih di KB kot.Jadi aku pun berterawih kat rumah aje laa mlm ni...

Isnin, Ogos 24, 2009

 3 Ramadhan 1430

Salam,

Hari ketiga puasa.

Hari ni aku ke KB. Pegi masukkan duit ke akaun abang Azizan. Selepas balik dari bank, aku singgah sekejap di Billion cari dvd swish lepas tu singgah sekejap di Nilam Puri.Masuk cc kejap then gi farmasi untuk beli ubat sakit mata buat ayah aku.

Petang tu, selepas solat asar, aku ke Ketereh untuk mencari lauk untuk berbuka. Mak aku sakit tangan. Tangannya bengkak. Tak dapat nak masak. So aku beli aje lauk kat bazar Ramadhan. Tengah aku dok membeli tu...aku lihat langit semakin gelap. Macam nak maghrib. Aku bergegas menuju ketempat parking motor. Hidupkan enjin dan terus berdesup pulang.

Ditengah jalan, rintik hujan semakin besar....angin semakin kuat...aku tambahkan pecut motor aku...terhoyong hayang motor aku ditiup angin...hujan semakin lebat...baju aku dah mula basah..sampai keselekoh ke Padang Lepai...hujan semakin lebat...baju aku dah basah...sesampainya aku kerumah hujan makin laju mencurah-curah. Nasib la aku sempat sampai rumah walaupun aku dah kene hujan ditengah jalan namun taklah lencun sangat..basah tetap basah...

Macam hari-hari biasa, aku berbuka 3 beranak secara sederhana. Malamnya aku berterawih di masjid Batu 8....

Ahad, Ogos 23, 2009

 2 Ramadhan 1430

Salam,

Hari kedua puasa. Pukul 5 emak aku kejutkan aku bangun sahur. Bersahur bersama emak,ayah dan anak buah aku.

Hari ni takder apa yang aku buat. Hanya dok umah. Ketika aku menantikan waktu asar, aku tido jap. Masa bangun dr tdo tu, keadaan keliling gelap sangat. Ingatkan dah Maghrib tapi rupa-rupanya gelap sbb nak hujan. Memamng gelap. Kilat sabung menyabung. Masa aku nak gi amik wudhu', letrik pulak terputus...terpaksa la aku gi amik wudhu' kat taliair sbb kat umah aku pakai enjin utk dapatkan air. Nasib baik air taliair penuh...

Letrik terputus sehingga nak masuk waktu maghrib. Nasib baik..kalau tak berbukak puasa dalam gelap la..petang tu lepas hujan aku pegi round kampung...beli kue kepek idung...balik berbuka dgn mak dan ayah aku...

Masa nak solat maghrib, sekali lagi letrik terputus...huhuhu...aku pegi terawih dalam keadaan letrik terputus...gelap golita...sembahyang Isya' kat masjid dalam gelita...alhamdulillah lps solat isya' letrik ada kembali...kalau tak, berterawih dalam gelap la...:)

Balik terawih...aku terus baring...masa tu kul 9.35...ngantuk...pastu terus terlelap...:)

Sabtu, Ogos 22, 2009

 1 Ramadhan 1430

Salam,

Hari ni 1 Ramadhan 1430. Aku bangun pada pukul 4.30. Bangun sahur. Takder apa yang istimewa untuk dibuat sahur. Aku bersahur bersama 4 orang lagi kawan aku, Deli,Tok E, dan Man(sedara deli). Kami cuma bersahur dengan roti keping dan air.

Selepas solat Subuh, lebih kurang pukul 7.30pg, kami pun bertolak untuk pulang kekampung sempena cuti sekolah.


Tol Bidor...permulaan destinasi kami...

Sampai di Tasik Banding lebih kurang pukul 9 lebih. Berenti seketika di Tasik Banding sbb kawan aku nak beli ikan...ada la si penjual ikan..orang asli...tapi pemborongnya sudah ada menunggu...ikan tu sudah bertukar tangan...terpaksa kawan aku tu beli dengan pemborong tu...bukan dengan penagkap awal ikan tersebut...


Singgah Tasik Banding untuk membeli ikan...


Jambatan di Tasik Banding pandangan dari bawah


Tok E sempat posing...:)

Bertolak dari Tasik banding dekat kul 11. Lebih kurang pukul 11 lebih, kami memasuki sempadan Kelantan...


memasuki sempadan Kelantan

tiba diJeli lebih kurang pukul 11.45...akhir sekali kami tiba dimachang Machang. Masa tu pukul 12.30.Aku janji dgn abg aku amik dekat petronas Machang kul satu. So, menantikan waktu itu, kami ke pasar Machang kejap. Mak deli suh beli daun kesom. Tepat kul satu, deli hantar aku dekat petronas machang then mereka balik ke Ipoh. Aku menunggu abg aku kat situ. Dekat kul 2 baru dia datang sbb ada orang datang umah dia masa dia nak datang amik aku tu. So aku tiba di rumah dah dekat 2.30 tghari dah.

Pada waktu ptg, aku kuar jalan2 cari kue...singgah cc post untuk entry ni...:) Hari ni berbuka dengan mak dan ayah aku je coz anak buah aku berbuka dibazar Ramadhan...thn ni dia ngan sepupu aku berserta jiran aku berniaga dekat Pasar Ramadhan....malamnya aku ke masjid berterawaih...pegi sorang diri...:)

Rabu, Ogos 19, 2009

 Ramadhan

Salam,

Ramadhan semakin hampir....bulan kerahmatan...keampunan...pintu rahmat dibuka...bersama-samalah kita beribadah dibulan mulia ini....Ramadhan menginsafkan kita....klik sini untuk ke flash Ramadhan yang aku buat...semoga kita semua mendapat malam yang lebih baik dari seribu bulan nanti...Salam Ramadhan dari aku.

Jumaat, Ogos 14, 2009

 Malang Hari Ini...

Salam,

Hari ni aku kesekolah seperti biasa...mujurlah hujan tak melarat...hanya setitik dua sahaja yang membasahi tubuh aku...dipertengahan jalan...semasa amik corner...aku rasa tayar motor aku lain macam cornernyer...rasa terlari skit...tapi aku teruskan jua pemanduan memandangkan aku agak terlewat...maklumlah...hari ni ada bacaan Yaasin...aku kene handle with care...selalunyer..aku la yang kene..

Sampai disimpang masuk untuk ketempat keje aku tu...aku terasa lagi...corner aku semakin lari menyisi...aku sudah bimbang...aku agak ada masalah dgn tayar aku...memang sahlah...semasa sampai kepintu pagar tmpat keje aku, tayar aku dah melelong dah...aku terjun motor...ye la..kalau aku naik lagi, mahu bengkok sport rim aku...waaaaaaaaa...tayar aku dah pancittt....

Hari ni Jumaat so kedai kat tempat aku keje ni bukak lepas jumaat....waaa.....maknanya aku kene tunggu la kat sini sampai lepas jumatt...huhuhu...semasa dok solat Jumaat...Khatib tu berbicara pasal selsema babi...sehinggakan keatas mimbar penularan virus ini...semakin hari semakin teruk...selepas solat Jumaat...diadakan sekali solat hajat utk menghindarkan virus ini dari terus merebak...sama2lah kita berdoa...babi punya virus...manusia yang meninggal...huhu...

Lama jugak aku tunggu workshop tu bukak...dekat kul 3.30 baru bukak...baiki punya baiki...dek kerana tayar aku tu tiub less...pomen tu takleh nak wat...angin kuar jugak katanya sbb tayar dah kemek dgn teruk...terpaksa laa aku beli tiub...tak jadi tiub less lagi la....aku sampai kerumah dah kul 5.30....kul 7.00pg -5.30ptg...huhuhuhu...lamanya aku keje hari ni.....begitulah asam garam seorang penunggang motorsikal...nak wat camno...:23:



Ni bukan moto aku daa....hehehe