Selasa, Ogos 25, 2009

 4 Ramadhan 1430

Salam,

Hari keempat puasa.

Hari ni seperti hari-hari sebelumnya dibulan Ramadhan ini.Pagi bangun sahur, solat subuh. Waktu tengahari,abg Yi ada datang. Dia datang nak update antivirus disamping menunggu k.Ina selesai preksa PTK di SMK Kadok tapi broadband celcom bermasalah plak...asyik down je...tension.

Hari ni aku tak dapat nak ke bazar Ramadhan sbb motor digunakan oleh anak buah aku. Segala benda utk berbuka dah dipesan kat dia suh beli siap-siap. Petang itu juga, abg Din ada datang. Juga datang bawak lauk utk berbuka. Dalam kul 5 ptg, ank buah aku balik.Selepas bawak balik lauk untuk berbuka, anak buah aku ke KB plak. Dia berbuka disana.

Sebelum menunggu waktu berbuka, aku jalan-jalan depan rumah. Terasa sunyi juga kampung aku ni maklumlah masing-masing ada kerja yang hendak dibuat. Para perantau belum balik lagi sbb ni baru permulaan puasa. Aku ni pun sbb cuti. Terasa juga bosannya ditambah pulak motor hari ni plak takder. Tapi sekurang-kurangnya aku kat kampung. Bosan berada dikampung ni jauh bezanya dengan bosan berada ditempat orang...

Selepas solat maghrib, aku menunggu anak buah aku balik sbb nak pakai motor untuk ke masjid. Tunggu punya tunggu dia belum balik jugak. Mungkin dia berterwaih di KB kot.Jadi aku pun berterawih kat rumah aje laa mlm ni...

0 respon: