Isnin, November 16, 2009

 La..la..laa.....:)



He.he.he.he....he.he...he..hee..he

Khamis, November 05, 2009

 Data...data...data...

Salam,

Hari ni aku tak kesekolah. Hari ni penyerahan data untuk daerah aku...dua tiga malam dah tido lewat gara2 data...nak buat macamana...sudah tugas aku...

Lebih kurang kul 8.30 ke kul 9.00...aku dan kengkawan pegi ke tempat berkenaan. Sampai sana, sudah ramai yg tiba...begitulah rutinnya setiap tahun...data perlu dihantar 2 kali setahun...pertengahan tahun dan akhir tahun...kalau berlaku kesilapan..memang mahu menangis...mana taknya, orang lain dah mula angkat kaki...yang kita pulak terkial2 dok cari mana silapnya...setakat ni...takder plak terjadi kat aku...syukur



Beginilah sebuknya keadaan para2 pengisi data...kalau ini yg first time antar data tu...merasa la akan kepeningannya kekeke



Ustad Muhammad selaku JU data yang baru menggantikan Ustd Hamizun. semoga beliau tabah dalam menangani karenah data....


Beginilah keadaan diakhir tahun...banyak data2 yang perlu disiapkan..semoga kami tabah menghadapinya...data oh data...

Isnin, Oktober 26, 2009

 IIU...Kenangan Yang Tak Bisa Di lupakan...

Salam,

Sabtu yang lepas aku ke KL. Deli nak hantar laptop adik dia di IIU PJ. Dalam kul 3.30ptg kami bertolak. Sampai kesana kul 5 lebih.

Bila kaki aku menjejak kembali ketanah IIU PJ, segala kenangan waktu belajar dulu terimbau kembali. Banyak sudah berubah. Bangunan2 sudah bercat baru. Penghuninya juga sudah berubah....

Sewaktu dulu, aku ditempatkan di ABC (Abu Bakar College) sehinggalah aku ke main camp di Gombak. Aku tak pernah berpindah kolej, cuma pindah bilik je. Namun sekarang ABC yang aku inap dahulu sudah bertukar penghuni. Kalau dulu hero yang menjadi penginapnya namun sekarang sudah bertukar kepada heroin. Andainya tmpat kediaman ini masih lagi bernama ABC, mahu shj aku naik tengok balik bilik aku dulu...


Beginilah wajah ABC sekarang. Skrg dah jadi KC(Khadijah College). Warnanya juga sudah berubah. Lagi cantik berbanding dahulu. Arus perubahan yang menukarkan semua ini seiring kenangan yang berlalu.

Bangunan kuning biru yang bersebelahan dgn KC itu namanya UKC dan ia kekal sampai sekarang. Masih lagi didiami oleh pelajar lelaki. Cuma warnanya shj yang bertukar.



Ini dalam masjid yang berhampiran dgn matrik PJ tu. Aku lupa apa nama penuh dia. Disini pun banyak kenangan aku dan kawan2 terutama pada bulan Ramadhan. Berebut2 nak pg berbuka puasa kat sini. Bukan sbb apa sebab free la tu sehingga pernah sekali diumumkan supaya pelajar2 matrik pj ni tak leh gi ramai sgt berbuka sbb takut tak cukup makanan utk org lain yang singgah kat ctu utk berbuka...ye la...semua dah disapu dek student2...kikiki...


Lepas solat Asar, Deli mengajak aku ke main camp pulak. So, kami pun bertolak la ke Gombak. Pergi mengimbau kenangan disana plak. Sampai disana, dekat Audi baru lepas pertandingan Tilawah al-Quran dan Nasyid untuk masyarakat Asli. Kemudian kami ke Cafe HS untuk minum air sambil meninjau keadaan disitu, tempat aku selalu parking dulu sebelum @ selepas kelas bila nak makan atau minum. Cafe HS pun dah dicat baru. Nampak harmoni. Disana sini student2 ramai yg dok melayan wireless internet. Kalaulah zaman aku dulu pun cam ni mesti best..huhuhuhu..




Bila masuk waktu Maghrib, aku dan Deli ke masjid. Bila terdengar azan berkumandang...kenangan dulu terimbau seketika. Memang lunak suara muadzinnya...foreigner yg jadi tukang azannya...itulah istimewanya IIU...berbilang bangsa...bersolat dimasjidnya membuatkan aku merasa sayu, pilu....teringat kisah2 dahulu bersama kawan2...



Tak sempat aku nak amik gambar kat tempat2 lain disebabkan waktu tak mengizinkan...InsyaAllah aku akan kesini lagi...walau sudah bertahun aku tinggalkan IIU ini, namun aku tidak pernah lupa bahawa aku dulu pernah bergelar Mahasiswa IIU...IIU tetap diingatan...

Khamis, Oktober 15, 2009

 Salam Penghujung Syawal...

Salam Syawal di penghujung...

Ermmm...lamanya tak update...dh nak abis syawal dah...banyak perkara yg dah berlaku...banyak sgt nak citer...sampai tak tercerita...cuma sekarang ni...masih lagi didalam mood raya...majlis rumah terbuka masih lagi berlaku...hari ni pun 2 tempat aku kunjungi...satu anjuran Felda...dan satu kat umah PK aku. Walaupun dalam keadaan masih fobia...Kak Ana teruskan juga rumah terbukanya...hari ni dia eksiden...cian dia...moga Allah tenangkan hatinya selalu...

Ermm...melihat keadaan kembaranya yg eksiden td dgn kete kancil yg agak teruk...kecut jugak hati aku...aku pun sebenarnya fobia juga bila mendengar ada eksiden...maklumlah aku baru lepas mengalaminya pada Ramadhan yg lalu...parut pun masih didahi huhuhu...bila drive...aku selalu beringat2...moga Allah sentiasa melindungi aku...jua melindungi mereka2 yang aku sayangi termasuk kengkawan aku...jgn pandu laju2 tau...:)

Sekarang aku tidak lagi berhujan seperti dulu...skrg dah ada yang sudi memayungi dan menemani aku...walaupun buatan malaysia dan murah pulak tuu...kira ok la dari aku berhujan berpanas tak tentu masa...apa yang penting..(bukan wonderpets..)..sentiasa ingat Allah moga dengan ingatan itu dapat melindungi dari segala petaka yang tak diingini...salam penghujung syawal...len kali aku taip lagi..lapa plak rasanye ni...