Khamis, September 09, 2010

 Selamat Menyambut Hari Raya

Salam untuk semua,

Hari ini genaplah 30hari ummat muslimin muslimat di Malaysia berpuasa. Ini bermakna, Ramadahan bagi sessi 2010 ini akan berakhir.

Perasaan sedih, pilu, sayu, gembira masing2 bersilih ganti meniti kotak hati dan minda ini. Entah Ramadhan akan datang dapat lagikah bersua ataupun macamana. Hanya doa dapat dipanjatkan kehadrat Ilahi semoga diberi kesempatan untuk terus dapat mengecapi nikmat Ramadhan tahun hadapan. Semoga aku tidak menjadi orang yang celaka apabila berakhirnya Ramadhan tahun ini.

Besok hari raya. Kecil, besar, tua, muda semua bergembira. Miskin, kaya semua turut merasai. Cuma cara meraikannya berbeza mengikut keadaan masing2. Bagi yang berada, jangan dilupa mereka yang sengsara. Hulurkan bantuan selagi berupaya. Semoga hari raya dapat disambut dengan gembira oleh semua bersama rasa kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Semoga pada hari raya ini, kita semua akan kembali kepada fitrah kita sesudah sebulan menjalani tarbiah nafsu dibulan mulia, Ramadhan al-mubarak. Jangan cemari hari raya dengan perkara maksiat. Jadikan hari raya hari menginsafi diri dan penguat untuk terus mempertahankan diri dari serangan nafsu. Dapatkah sebulan bulan puasa mentarbiah kita untuk menghadapi 11 bulan bulan cubaan. Ataupun kita sudah tersungkur awal2 lagi dibulan tarbiah ini??...masing2 empunya diri bisa menjawab soalan itu dengan tepat.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya buat semua muslimin muslimat pembaca blog seantero dunia semoaga kita semua beroleh berkat dihari mulia ini. salam ikhlas dari aku dan keluarga.

Selamat Hari Raya.

0 respon: