Rabu, Ogos 26, 2009

 5 Ramadhan 1430

Salam,

Hari kelima puasa.

Pagi bangun sahur. Selepas solat Subuh dan baca Quran, ngadap komputer sekejap.

Tengaharinya aku ke KB. Nak gi tengok Parkson dan Giant yang baru dibuka. Lepas siap segalanya, aku capai motor anak buah aku dan memecut ke KB.

Sesampainya aku dekat bulatan kijang(skrg dah takder kijang dah, digantikan dengan rehal), aku dah nampak perubahan yang berlaku dekat bandar KB. Kebanyakan jalan sudah disehalakan. So jalan di KB jadi semakin luas...

Sesampainya aku didepan Parkson, aku tgk kete berpusu-pusu kuar masuk. Parking yang kat bawah Parkson tu dah penuh(untuk kete la..)Aku cari parking motor. Aku parking dekat depan Pasar Siti Khadijah.


Bangunan Parkson/Giant

Semasa aku berjalan masuk ke Parkson, sempat melilau kekanan dan kekiri. Memang KB dah berubah terutamanya dari segi sistem jalanrayanya. Dah takder wakaf-wakaf tempat berehat. Semuanya dah bertukar menjadi jalan. Ye la, kalau tak buat camtu tentu lalulintas di bandar KB menjadi makin sesak.

Besar juga Parkson ni bisik hati aku. Kalau tak silap aku 4 tingkat semuanya. Campur ngan ground floor 5 tingkat. Secara keseluruhannya, bangunan Parkson/Giant ni belum siap sepenuhnya. Banyak lagi sudut yang belum siap namun mungkin akan disiapkan dalam masa terdekat.

Tiada lagi wakaf-wakaf...sumer dijalankan..:)

Selepas balik dari KB, aku singgah sekejap di PC Depot wakaf siku. Pastu aku terus memecut balik ikut telipot ikut jalan baru keluar ke Pasir Hor. Aku tak terus balik kerumah. Aku pecut motor aku ikut highway ke Tendong. Ingat nak gi cari umah Hazar je tapi bila dah jumpa, aku singgah la umah dia kejap. Borak-borak. Tak sedar hari dah gelap!...bukan gelap nak maghrib la,..gelap nak ujan hehehhe...aku terus minta diri. Dalam perjalanan balik, aku dikejar awan hitam dan angin kencang...Walaupun sempat awan hitam itu mengejarku namun nasib aku baik sebab dia tidak memuntahkan air yang dikendongnya. Sesampainya aku kerumah, hujan turun dengan lebatnya. Selamatt aku...tak kene ujan...:)


Awan yang mengejar aku..:)

Petangnya pulak, selepas solat asar, aku ke Pekan Peringat. Gi Pasar Ramadhan. Tempat anak buah aku, sepupu dan jiran aku berniaga. Aku dah bagitau anak buah aku siap-siap supaya dia beli lauk dan kue. Sesampainya disana, orang punyer la ramai. Kalau pegi dengan kete konfirm susah nak parking.Masa nak balik tu, aku tgk abang polisi dok menyaman kete yang parking kat tengah jalan. Ye la, dah takder tempat parking dibantainya parking dekat tengah jalan tu...nak wat camnoo....:)

Hari ni aku berbuka puasa seperti biasa bersama emak dan ayah aku. Malamnya pulak aku ke masjid bersama ayah aku berterawih. Balik tu aku terus landing tido x sedar hape dah...buah hati msg pun tak sedor dah...sori ye wak...:)

1 respon:

awesulong berkata...

demo de jugak tubik kota bharu..kawe balik xde gi mana2..yg penting blh poso dikg ok lah..