Sabtu, September 05, 2009

 Takdir Penentu Segalanya...

Salam...

15 Ramadhan 1430

Sebelum puasa hari tu aku bertekad untuk update blog ini tiap-tiap hari. Aku nak jadikan diari maya aktiviti aku dibulan puasa ni. Namun kita sebagai makhluk ni hanya mampu merancang...ketentuannya Yang Maha Kuasa tentukan.

Hari ini sudah masuk hari kelima belas kita berpuasa. Ini bermakna sudah separuh bulan kita berpuasa. Last aku update haritu pada hari kelima puasa. Hari keenam tu tiada apa yang aku nak tuliskan cumanya hari itu masa nak berbukak puasa tu, masa nak sendukkan nasi kepinggan tgk2 nasi tak menjadi nasi lagi...mak aku lupa nak masak hehehe...nak wat camner...kami makan nasik lepas solat Maghrib.

Kemudian, pada hari keesokkannya, hari ke-7 puasa, pada pukul 5pg, pak sedara aku cal mengatakan bahawa emaknya sudak meninggal dunia. Terkejut juga aku mendegarnya sbb seblm ni dgr khabrnya dia sehat. Hatta pada pg itu pun, dia yang mengejutkan anak-anak dan cucu utk bersahur. Tapi itulah, ketentuan Allah ini tiada siapa pun yang dapat menduga.

Hari itu hari Jumaat. Dalam kul 9pg, aku, ayah, abang dan anak buah aku yg berumur 6thn pergi untuk melawat keluarga simati di Kg Lawang, Batu Gajah, Jeli. Semasa dalam perjalanan balik itulah sesuatu yang tak terduga berlaku pada kami.

Dalam perjalanan pulang itu, dipertengahan jalan, aku terlelap seketika. . Aku tertido...cuma bila aku tersedar...aku sudah berada di Hospital Machang...aku sedang berada dihadapan doktor. Disisi aku aku lihat ayah aku. Mulutnya berdarah dan kepalanya bengkak. Aku masih keliru...apa yang terjadii???....doktor meminta pembantunya membawa aku untuk dijahit. Selepas dijahit, aku dibawa ke bilik x-ray. Kepalaku dix-ray. Sewaktu berada diatas kerusi roda itu, aku rasa terhoyong hayang. Kemudia aku diletakkan diatas sebuah katil. Sewaktu itulah ayah aku datang dan menceritakan apa yang terjadi. Kami Kemalangan jalanraya!

Aku kemudian dimasukkan kewad. Hanya aku seorang. Ini kerana aku tidak sedarkan diri sewaktu kemalangan berlaku. Abang aku luka dikepala. Kepalanya bengkak. Mujurlah Allah memelihara anak sedara aku yang berumur 6 thn itu. Dia tidak sedikitpun cedera.

Sewaktu dalam wad, aku merasakan seluruh badan aku sakit2. Aku terpaksa solat sambil duduk. Duduk atas katil. Sewaktu mengambil wudhu', aku terpaksa membawa botol air yang dimasukkan kebadan aku bersama. Betapa sukarnya. Itulah ujian dari Allah buatku.

Keesokkan harinya, aku sudah dibenarkan balik. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku dekat kepala aku. Cuma rasa sakit akibat terluka dan kepeningan yang amat sangat. Kaki aku turut luka...Bila sampai kerumah, aku nampak kereta abang aku yang terlibat dgn kemalangan itu remuk. Sudah tidak boleh dipakai lagi. Kecuali kalau dibaiki balik. Itupun mungkin akan mencecah ribuan ringgit. Abang aku tak mampu.

Bermula dari hari itu, niat aku untuk update blog aku setiap hari terbantut. Sehinggalah kehari ini. Selepas lebih kurang seminggu sehari kejadian, barulah aku berkesempatan utk update. Begitulah ujian Tuhan kepada aku dibulan puasa ini.

Apa-apa yang akan terjadi kepada kita tiada siapa yang mampu menyangka. Hanya doa kepada Allah Taala sahaja yang mampu kita panjatkan agar sebarang kejadian buruk tidak berlaku kepada kita semua. Apa-apa yang kita lakukan, sentiasalah ingat kepada Allah. Hanya Allah yang mampu melindungi. Bila diuji, bersabarlah kerana Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

6 respon:

shidah_melati berkata...

Salam, sayu nya hati bila m'baca entry saudara kali ini. ini semua dugaan t'utama di bulan yang mulia ini. sy percaya saudara pasti dpt m'gtasinya.

Kumbe Male berkata...

Moga-moga slps ini dijauhkan Ilahi dari sebarang perkara yang tidak elok...sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian bagi yang berfikir...

awesulong berkata...

Takziah dari kawe..meme malang xberbau..tp itu semua dugaan yang lebih menyedarkan kita tentang kekuasaan Alah..harap demo sihat dan dapat meneruskan tugas seperti biasa.Amin...

Kumbe Male berkata...

Tenkiu Ustak...harap2 gitu la...walaupun kpalo raso pening2 lagi..tapi kerja tetap kene teruskan..

Tanpa Nama berkata...

salam..
cian nye die..
sabar la ye..

Kumbe Male berkata...

Hanya sabar mampu saya lakukan...skrg mmg pening memanjang...naik moto terhoyong hayang...:(