Isnin, Ogos 24, 2009

 3 Ramadhan 1430

Salam,

Hari ketiga puasa.

Hari ni aku ke KB. Pegi masukkan duit ke akaun abang Azizan. Selepas balik dari bank, aku singgah sekejap di Billion cari dvd swish lepas tu singgah sekejap di Nilam Puri.Masuk cc kejap then gi farmasi untuk beli ubat sakit mata buat ayah aku.

Petang tu, selepas solat asar, aku ke Ketereh untuk mencari lauk untuk berbuka. Mak aku sakit tangan. Tangannya bengkak. Tak dapat nak masak. So aku beli aje lauk kat bazar Ramadhan. Tengah aku dok membeli tu...aku lihat langit semakin gelap. Macam nak maghrib. Aku bergegas menuju ketempat parking motor. Hidupkan enjin dan terus berdesup pulang.

Ditengah jalan, rintik hujan semakin besar....angin semakin kuat...aku tambahkan pecut motor aku...terhoyong hayang motor aku ditiup angin...hujan semakin lebat...baju aku dah mula basah..sampai keselekoh ke Padang Lepai...hujan semakin lebat...baju aku dah basah...sesampainya aku kerumah hujan makin laju mencurah-curah. Nasib la aku sempat sampai rumah walaupun aku dah kene hujan ditengah jalan namun taklah lencun sangat..basah tetap basah...

Macam hari-hari biasa, aku berbuka 3 beranak secara sederhana. Malamnya aku berterawih di masjid Batu 8....

0 respon: