Ahad, Ogos 23, 2009

 2 Ramadhan 1430

Salam,

Hari kedua puasa. Pukul 5 emak aku kejutkan aku bangun sahur. Bersahur bersama emak,ayah dan anak buah aku.

Hari ni takder apa yang aku buat. Hanya dok umah. Ketika aku menantikan waktu asar, aku tido jap. Masa bangun dr tdo tu, keadaan keliling gelap sangat. Ingatkan dah Maghrib tapi rupa-rupanya gelap sbb nak hujan. Memamng gelap. Kilat sabung menyabung. Masa aku nak gi amik wudhu', letrik pulak terputus...terpaksa la aku gi amik wudhu' kat taliair sbb kat umah aku pakai enjin utk dapatkan air. Nasib baik air taliair penuh...

Letrik terputus sehingga nak masuk waktu maghrib. Nasib baik..kalau tak berbukak puasa dalam gelap la..petang tu lepas hujan aku pegi round kampung...beli kue kepek idung...balik berbuka dgn mak dan ayah aku...

Masa nak solat maghrib, sekali lagi letrik terputus...huhuhu...aku pegi terawih dalam keadaan letrik terputus...gelap golita...sembahyang Isya' kat masjid dalam gelita...alhamdulillah lps solat isya' letrik ada kembali...kalau tak, berterawih dalam gelap la...:)

Balik terawih...aku terus baring...masa tu kul 9.35...ngantuk...pastu terus terlelap...:)

0 respon: