Isnin, Oktober 26, 2009

 IIU...Kenangan Yang Tak Bisa Di lupakan...

Salam,

Sabtu yang lepas aku ke KL. Deli nak hantar laptop adik dia di IIU PJ. Dalam kul 3.30ptg kami bertolak. Sampai kesana kul 5 lebih.

Bila kaki aku menjejak kembali ketanah IIU PJ, segala kenangan waktu belajar dulu terimbau kembali. Banyak sudah berubah. Bangunan2 sudah bercat baru. Penghuninya juga sudah berubah....

Sewaktu dulu, aku ditempatkan di ABC (Abu Bakar College) sehinggalah aku ke main camp di Gombak. Aku tak pernah berpindah kolej, cuma pindah bilik je. Namun sekarang ABC yang aku inap dahulu sudah bertukar penghuni. Kalau dulu hero yang menjadi penginapnya namun sekarang sudah bertukar kepada heroin. Andainya tmpat kediaman ini masih lagi bernama ABC, mahu shj aku naik tengok balik bilik aku dulu...


Beginilah wajah ABC sekarang. Skrg dah jadi KC(Khadijah College). Warnanya juga sudah berubah. Lagi cantik berbanding dahulu. Arus perubahan yang menukarkan semua ini seiring kenangan yang berlalu.

Bangunan kuning biru yang bersebelahan dgn KC itu namanya UKC dan ia kekal sampai sekarang. Masih lagi didiami oleh pelajar lelaki. Cuma warnanya shj yang bertukar.



Ini dalam masjid yang berhampiran dgn matrik PJ tu. Aku lupa apa nama penuh dia. Disini pun banyak kenangan aku dan kawan2 terutama pada bulan Ramadhan. Berebut2 nak pg berbuka puasa kat sini. Bukan sbb apa sebab free la tu sehingga pernah sekali diumumkan supaya pelajar2 matrik pj ni tak leh gi ramai sgt berbuka sbb takut tak cukup makanan utk org lain yang singgah kat ctu utk berbuka...ye la...semua dah disapu dek student2...kikiki...


Lepas solat Asar, Deli mengajak aku ke main camp pulak. So, kami pun bertolak la ke Gombak. Pergi mengimbau kenangan disana plak. Sampai disana, dekat Audi baru lepas pertandingan Tilawah al-Quran dan Nasyid untuk masyarakat Asli. Kemudian kami ke Cafe HS untuk minum air sambil meninjau keadaan disitu, tempat aku selalu parking dulu sebelum @ selepas kelas bila nak makan atau minum. Cafe HS pun dah dicat baru. Nampak harmoni. Disana sini student2 ramai yg dok melayan wireless internet. Kalaulah zaman aku dulu pun cam ni mesti best..huhuhuhu..




Bila masuk waktu Maghrib, aku dan Deli ke masjid. Bila terdengar azan berkumandang...kenangan dulu terimbau seketika. Memang lunak suara muadzinnya...foreigner yg jadi tukang azannya...itulah istimewanya IIU...berbilang bangsa...bersolat dimasjidnya membuatkan aku merasa sayu, pilu....teringat kisah2 dahulu bersama kawan2...



Tak sempat aku nak amik gambar kat tempat2 lain disebabkan waktu tak mengizinkan...InsyaAllah aku akan kesini lagi...walau sudah bertahun aku tinggalkan IIU ini, namun aku tidak pernah lupa bahawa aku dulu pernah bergelar Mahasiswa IIU...IIU tetap diingatan...

5 respon:

Zil-el-Saif berkata...

kenangan...

teringat kumpulan marjan yang selalu buat persembahan nasyid dulu

Kumbe Male berkata...

hehehe...ada juga org yang teringatkan Marjaan...mesti peminat setia tu Mir kikiki...

mizaranun berkata...

Ehmm buke ko demo dok bang sokmo kt masjid IIU tuh..hikhik

FirJah berkata...

aduhhh!! pilunya mengimbau kenangan lalu apabila menatap gambar2 tu...
cepatnya masa berlalu...

Kumbe Male berkata...

mizaranun: mulo kawe la tuke be masjid tu re...kade2 jadi tok siok...tapi banyoknyo jadi tok siok la hehehe

Firjah:..masa memang cepat berlalu..huhuhu