Sabtu, September 12, 2009

 Bersooping di Ujung Minggu

Salam

23 Ramadhan 1430

Hari ini hari Sabtu. Cuti hujung minggu. Kawan aku Mat dari Sg Samak ada datang. Datang untuk berpuasa, berbuka, bersahur bersama.

Hari ini aku dan kawan2 merancang untuk pergi bersuping. Dalam kul 11.45pg, kami berempat bertolak ke Ipoh. Pada mulanya nak ke Teluk Intan shj, tetapi dek kerana suggestion member aku si Mere, aku pun hasut member2 serumah aku ke Ipoh hehehe...

Kami sampai ke Ipoh dalam kul 12 lebih. Destinasi pertama ialah Jusco Ipoh. Mmg orang tak dinafikan akan keramaiannya. Masing2 mengambil peluang untuk bersuping membeli belah untuk keluarga dan diri.

Pusing punya pusing satu Jusco, tak banyak pilihan utk baju raya. So kami pun kuar dr Jusco. Cadangnya nak gi Ipoh Parade lps tu. Tetapi dek kerana masa on da way tu kami terjumpa UO dulu, so UO lah destinasi kedua kami. Manusia disitu lebih ramai berbanding tempat tadi.

Tengah kami elok dok beratur utk masuk parking ke sebelah jln sana, ada dua kete yang dipandu oleh makhluk yang tak reti nak sabar ni potong didepan kami. Main potong camtu je...mau je kita orang angkat kete diaorang tu campak dalam longkang. Orang semua elok dok bertur alih2 dia dengan senang hati potong camtu je. Takder adab langsung...arghhhh...sib baik kami masih dalam level kesabaran yg tinggi. Geram btull!!:26:
Masuk ke Green Town Mall(dlm tu la ada UO), orang berpusu2...fuh...jalan pun cam orang dok tawaf kat Mekah...perlahan jee...kami then masuk UO...memang banyak juga la pilihan...pilih punya pilih...tgk2 jam dah 3.30ptg..fuh..sekejap giler...kami kemudian bergegas membuat pembayaran. Tak sedar langsung masa berlalu. Aku sempat juga la menghabiskan duit dlm 100 lebih...beli baju raya...warna ijo lagi hehhee...

Selepas itu, singgah di Mesjid berhampiran sekejap dan meneruskan kembali perjalanan balik kerumah. Sampai di Tapah, kami singgah di bazar Ramadhan sekejap. Cari juadah utk berbuka. Hari ni meriah skit. Saman pun ada datang. Berbuka puasa beramai2. Aku,Deli, Tok E, Mat dan Saman.

Malamnya aku berterawih di surau berhampiran dgn Mat. Yang lain ke Tanjung Malim selepas maghrib sbb Saman terpaksa gi amik sepupunya yang terkandas dekat situ. Ketenya rosak.

Dalam suasana menjelang raya ni, semua orang nak cepat...tetapi beringatlah...bukan hanya kita sahaja yang nak cepat, orang lain pun sama. jadi bersabarlah dalam apa jua tindakan kita. jangan sampai orang menyumpah seranah dek kerana perangai kita yg tak tahu sabar tu. Selamat membuat persiapan raya utk semua. Apa yang penting(ikut rentak wonderpets hehe)...dalam kesibukkan kita sentiasalah ingat Allah.

8 respon:

Linderque berkata...

Kene byk bersabar bulan puasa nih... =)

aza_idyllix berkata...

wooo best dio soppim..yie jgok xleh rayo thun ni..bujet ciput..ekonomi xstabil hahaha..

mizaranun berkata...

Tak jadi puak2 ni g supping xajok aku..xbeli bju rayo lg nie..mari kito g supping kl plok weh..huhuhu

Kumbe Male berkata...

Lynnda: A`aa..mmg kne by sabar...:)

Yie: Oloh la...bakpo tokleh rayo yo...hok nok upgrade keto tu tangguh dulu la...:)

mizaranun: hehehe...ingat ko demo ado kijo dgn ustak koloh demo tu...tu tok ajok tu...bereh..demo oyak jah nok g bilo re hehehe:)

Linderque berkata...

Nak soping apenyer lagi... Mggu depan dah nak raye la abg... :P Kite blk raye kat kmpg jela... =)

Kumbe Male berkata...

Balik sooping kat kg la...sooping malam raya lagiii best...terasa akan kehari rayaannnya itu kiukiukiukiu....:D

Faarihin berkata...

salam ziarah kembali di sini.. tq sudi mai ke blog sy.. sudi2la terima kad ghaye dari sy yer.. salam aidilfitri.. (^__^)

Kumbe Male berkata...

Sama2...slamat hari raya..:)