Ahad, September 27, 2009

 Raya Pun Berlalu...

Salam Syawal 1430 Hijrah,

Sudah dekat seminggu hari raya berlalu. Kini aku sudah berada diPerak. Baru semalam aku sampai. Nasib baik jalan tak jem. Aku dan kawan2 sampai dekat pukul 6ptg. Bertolak dari Tanah Merah dlm kul 10.15 pagi. Biasanya perjalanan memakan masa 5 jam je tetapi dek kerana semalam kami ke Taiping terlebih dahulu maka perjalanan terdelay dekat 2 jam lebih.

Hari Raya yang berlalu tak dinafikan akan kemeriahannya. Berjumpa sanak saudara, sahabat handai, serta orang tersayang tambah menyerikan sambutannya. Tetapi dalam kemeriahan itu, ada mereka yang berduka. Mereka yang kehilangan orang yang tersayang disaat hari raya mahu menjelma. Kehilangan harta benda sebelum sempat merayakan hari mulia dan banyak lagi kesedihan yang datang.

Bagi diri aku, aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi aku ruang kebahagiaan dalam menyambut hari mulia ini. Walaupun kocek aku semakin susut seiring dengan berlalunya hari raya, namun aku tetap gembira. Sekali sekala bagi duit raya dekat bebudak apa salahnya kan..
:23:

Apa yang menyedihkan hati sanubari bila menjelangnya hari raya ialah kemalangan jalanraya yang tak pernah tak ada. Makin bertambah ada la. Entah la. Siapa yang patut dipersalahkan. Adakah Hari Raya?...aku rasa tidakk...hari raya tiada kene mengena dengan kejadian kemalangan yang berlaku...mungkin disebabkan oleh emosi yang tak stabil, rasa ingin menunjukkan skill drive kete yang ala2 racer kat litar, cucuk mencucuk, bakar mebakar, nak tunjuk kete dia baru pasang turbo, rasa kurang sabar dan banyak lagi sbb yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalanraya. Harap2 raya tahun depan, berkurangla ataupun tiada terus kes kemalangan jalanraya ni.

Semasa hari raya kedua hari tu, ayah aku dipanggil untuk mengali kubur. Jiran sekampung aku meninggal dunia. Dihari raya. Disaat orang lain sedang bergembira. Dia dipanggil Illahi. Betapa ajal itu tidak mengenal waktu dan usia. Termanggu aku seketika. Segala kenangan dulu semakin dibawa pergi...bukan dia seorang...selang beberapa hari selepas itu, aku diberitakan tentang kematian anak jiran sekampung aku pula. Usianya masih remaja. Jauh lebih muda dari aku. Namun ajal itu bukan mengenal usia.

Jadi, sentiasalah beringat-ingat akan kedatangannya yang tak tentu masa dan ketika. Dalam kita bergembira, dalam kita berduka, dalam kita tertawa, dalam kita merana, tetaplah ingat akan dia...sentiasa persiapkan diri untuk menghadapinya...sesungguhnya kita tidak diberitahu berapakah tarikh kematian kita...kita cuma sempat melihat sijil kelahiran kita tetapi tidak utk melihat sijil kematian kita...dari itu sentiasalah berwaspada.

Ramadhan yang meninggalkan kita, Syawal yang sedang menjelma, jadikan sebagai kekuatan untuk kita menghadapi hari yang mendatang. Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan orang yang beringat-ingat.

7 respon:

Linderque berkata...

Selamat Hari Raya abang... Lin mohon ampun dan maaf kalau ade salah dan silap Lin pada abang... Miss you~ :(

Kumbe Male berkata...

Sama-sama la...miss u too..:)

awesulong berkata...

kepada saudara dan saudari berdua ni..saya nak tujukan satu lagu nyanyian janda dari indonesia iaitu kris dayanti...terimalah.....'menghitung hari'!



haks!haks!

Kumbe Male berkata...

hahahaha..lagu janda towww...:D

aza_idyllix berkata...

"mungkin disebabkan oleh emosi yang tak stabil, rasa ingin menunjukkan skill drive kete yang ala2 racer kat litar, cucuk mencucuk, bakar mebakar"

Bro Kumbe x tuju kt Wan HazaRL Fikri deh??hahaha

Tanpa Nama berkata...

salam dr.jordan... semoga persahabatan jarak jauh ini tidak merenggangkan silaturrahim

Kumbe Male berkata...

Dok la yi....hehehehe....kita bersahabat dengan sesiapa sahaja...tak kira jarak...:)