Ahad, Mac 01, 2009

 Aku, Mural, Arnab dan Kawan...

Salam...:03:

Hari ni cuti. Semalam pun cuti gak. Tapi, walaupun cuti, aku tak jugak lekat dekat rumah. Semalam pagi-pagi lagi aku ke Sungkai. Pergi Taska Kak Sarah untuk siapkan mural. Semalam tak sempat nak siapkan juga sbb ikut kawan aku ke Semenyeih.



Mural yang hampir siap tapi tak siap-siap...

Lepas siapkan gambar gajah dekat mural tu, aku pun bertolak balik kerumah sbb janji dgn kwn tu nak pegi Semenyih kul 11.pg Tapi waktu tu dah 11.30pg. Kami bertolak dekat dgn kul 1 sbb menunggu kwn yang sorang lagi tu balik dr sekolah.

Sebenarnya kami ke Semenyih tu untuk ke ladang arnab. Member aku nak gi tgk arnaabun. Nama tempat dia Rabbit Fun Land dekat Borga, Semenyih. Kami sampai sana dekat kul 4 lebih dah. Sampai je ke perkarangan ladang tu, hujan pulak turun dengan lebatnya. Tunggu punya tunggu, dapat jugak tgk arnab. Terkejut aku tgk arnab kat situ. Besarrrrnyaaa...sumernya arnab import. Katanya dari Australia.

Hujan terus turun dgn lebatnya. Kawan aku sebenarnya kesitu nak tahu cara2 pemeliharaan arnab sbb skrg ni pun kat umah aku dah ada 4 ekor arnab. Kawan aku cuba tanya harga seekor arnab induk. Fuhhh...seekor arnab induk yang muda berharga 250 ringgit malaysia!!.:18: Hari tu kawan aku yang sorang lagi tu beli dekat kampung 4 ekor arnab = 35 ringgit je...huhuhu...tapi tu arnab kampung je la...tapi...fuhhh...jauh giler beza hargaanya...itu yang membuatkan member aku berfikir 800x untuk membelinya...

Selepas tu, kami terpaksa bergegas untuk pulang sbb kawan aku cakap, kawan dia dari kampung datang hari ni. Dah sampai dah pun..Haaa...dah sampai..??...Member aku yang pandu kete tu pecut sepecutnya kete tuk sampai secepat mungkin takut member yang dari kampung tu tertunggu2. Nasib baik dah ada orang jemput dia.Kami cuma jemput dia dekat Sungkai. Kalau tak terpaksa ke RNR Tapah sbb dia turun bas dekat situ. Masa tu dah dekat kul 11 dah. Kami sampai rumah kul 11 lebih....penat toksah nak cakap la....terus shahid dimedan perjuangan...ZzzzzZZ...:02:

7 respon:

FirJah berkata...

arnabun..bestnya...
dia pk 800x tu dah makan masa gak tu..patutla sampai umah lambat hehe.
insan yg tak tau nak bertanya :mural tu ape? selalu dgr moral je..

Kumbe Male berkata...

Hehehe...mural tu ialah lukisan dinding..:)

Linderque berkata...

CaNTiK MuRaL yG AwaK LuKiS Tuu...~ =)

Kumbe Male berkata...

Tenkiu..:)

FirJah berkata...

ok..tq..dah agak dah lukisan dinding tu..cuma nak kepastian..

Tanpa Nama berkata...

elo saudara..
leh saya tau alamat ladang arnab 2???
sy pn berminat bela arnab..
sy pernah bela arnab sepasang rm200..plz..give the address..

Kumbe Male berkata...

Maaf saudara...saya pun x pasti alamatnya...kawan saya yang simpan..skrg dia dah pindah...cuba suadara search dlm net Rabbit Fun Land...dia ada website...kat situ ada alamatnya...