Khamis, Mac 12, 2009

 Disirami Titisan Rahmat

Salam,

Semalam aku kuar rumah seawal 6.30pg...selepas selesai semua pertandingan, aku balik kesekolah sekejap. Selepas solat zohor, aku bersiap-siap untuk balik. Aku dongak kelangit, ada tanda-tanda mau hujan. Itu takpe lagi. Dok sekejap...pelakar berdentum dentam...tak jadi aku nak balik...risau gak kalau-kalau kena pelakar.

Tunggu punya tunggu, pelakar sudah tak kedengaran lagi. Waktu tu hujan sudah turun. Aku redah ajela hujan. Kalau nak tunggu, sampai kemalam pun tak berenti. Dalam 35minit perjalanan itu, aku disimbahi air hujan tanpa henti. Nasib baik pagi ni aku masih steady lagi. Takder selsema, takder demam. Dah biasa dah dgn semua itu. Dah hampir 4tahun dah aku hidup begini.

Oklah..aku nak siap-siap ke tempat keje. Kepada sesapa yang nak tgk gambar, aku ada uploadkan satu gambar dekat ruangan gambar aku tu,yang aku dah edit dari gambar asalnya yang aku amik masa kat kg dulu. Harap suke la tengok.
Sekian

PERBENDAHARAAN KATA: Pelakar = Kilat ataupun petir.

2 respon:

Linderque berkata...

Huhu..die tak demam, kite plak yg demam :(

Kumbe Male berkata...

Kite antibodi kuattt hehehehhe