Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu. Kalau tak terbabas dalam peniduran pg esok, aku Deli dan Tok Yi akan balik ke kg kul 3pagi. Boleh ke tak bangun kul 3pagi ni tak tau la. bangun tu boleh tapi takut tido balik kikikiki.
Hari ni tak la penat sangat. Lepas abis dua kelas aku, tepat kul 10pg, aku ada meeting ngan semua cekgu-cekgu. Banyak bende yang disebutkan oleh bigboss kami. Mesuarat tu abis lebih kurang kul 11.30pg. Hari ni aku solat Jumaat kat Trolak je. Malas nak balik. Aku pulang kerumah lebih kurang kul 4 nak kul 5 dah. Singgah jap Sungkai tgk geng Abasiah berlatih nasyid.
Gembira hatiku tak terkata tatkala teringatkan kampung halaman. Balik nanti kene jadik kameraman untuk majlis nikah sepupu aku. Mak sedara aku dah tertanya2 bila nak balik. Sempat la jadik kameraman sbb aku balik pg esok.Majlis nikah dia pd mlm tersebut.
Oklah...aku nak siap2kan brg2...Kepada kengkawan yang nak amik PTK nanti ku doakan smoga smua dapat 4/4 nanti. Setakat ini dulu.
Sekian.
KATA-KATA KEMAH:"Dapat balik ke kampung halaman merupakan nikmat yang tak terhingga bagi seorang perantau..".
2 respon:
happy holiday...!!!
oo samala kita..saya pun kena jadi jurukamra gak utk knduri adik kpd kakak ipar..ni proses nak mengedit..
palli guna camera jenis apa...canggih ka...??
Saya guna kamera semipro je....Sony DSC H9..:)
Catat Ulasan