Seminggu lebih aku tak update blog. Biasala...bila dah balik kg...susah nak update...
Masa dok kat kampung haritu, aku dapati ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendirikan rumah tangga termasukla aku..eh...silappp...sepupu aku daaa....heheheh...tak ketinggalan juga anak sepupu aku.....aku??...aku kene tunggu la...suspenn hehehehe...
Aku sampai kekampung pada Sabtu. Hari tu jugak anak sepupu aku wat kenduri kat umah dia. Aku tak sempat nak pegi sbb penat sangat. Ditambah ngan ngantuk sbb bertolak awl pagi. Tido pun kejap je. Petang tu pulak ada belarok sepupu aku. Pun aku tak pegi. Kepala aku pusing. Malam tu pulak sepupu aku yang kat depan rumah aku ni akad nikah...aku pegi utk jadi kameraman. Nasib baik kepala aku dah ok skit. Aku tak banyak amik gambar sbb dah banyak sgt kameraman. Ada yang pro dan amatur. Aku cuma amik video je. Ada la sekeping dua aku amik gambar. Tapi takla cun sangat. Ni kat bawah ni gambar sepupu aku lepas akad dgn isteri dia.
Keesokkan harinya kene pergi belarok dia la plak..Rest sehari hari Isnin then Hari Selasa kenduri umah dia. Sib baik tak hujan. Pastu rest plak sehari then Khamis kenduri umah sepupu aku yang dekat Kadok Dalam plak. Hari Rabu tu, aku dikejutkan dgn kemasukkan anak sedara aku ke wad kerana sakit jantung. Sian dia. Sehingga sekarang dia masih diwad. Tapi keadaannya dah stabil.
Itula serba sedikit ttg aktiviti aku semasa kat kampung haritu.Untuk sepupu-spupu aku dan jua anak sepupu aku, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru.Maaf kalau yang tak sempat nak pegi tu. Bukan aku taknak pegi tapi keadaan tak mengizinkan. Apapun aku doakan kalian bahagia hingga ke akhirnya.
Skrg aku dah berada di Perak. Hari ni penat sungguh. Sek aku kene jadik tuan rumah untuk musabaqah bola sepak. Dari pagi sampai petang aku kat sekolah. Sampai umah kul 7 lebih dah. Lpas tulis blog ni aku nak tido rasanya. Dah penat dah ni. Oklah...setakat tu dulu. lain kali aku kesahkan lagi riwayat hidup aku ni. Sekian dulu
PERKATAAN MUSHKIL: Belarok = rombongan pergi mengantar menantu kerumah mertuanya
4 respon:
Asek amek gamba and edit gamba org kawen jer. Ustad sendiri bile nak bina rumah bertangga? :)
Nanti la...nak wat suspenn skit...tiba masa sumer akan dijemput hadir hehehehehe....:)
Saye wajib jemput yer =P
Sudah semestinya kikiki....
Catat Ulasan