Huhuhu...lamanya tak update...banyak bende sebenarnya aku nak citer tapi dek kerana banyak sangat, aku tak tau nak citer ape. Bukan aku taknak update sebenarnya...sebok tak habis2.
Minggu lepass...
Bola sepak dah habis. Namun sisa2nya masih ada...nasib baik jadi johan...berbaloi la aku balik sampai umah dekat pukul lapan malam. 12jam di sek. Bola sepak memakan masa 3 hari untuk selesai.
Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pun perlu dibuat jugak. Aku jugak kene jadi SU. Nasib baik Kak Sarah yang baik hati tolong. Kalau tak tak tau la...
Dalam pada itu, aku jugak nak kene combinekan power point utk dipersembahkan pada pemantau yang akan datang nanti. Sampai skrg pun belum siap sebab ada penambahan dan pengurangannya...
Fail Koku pun kene siapkan jugak...Huarggggggggggggggggggh.....sabar2...
Hari cuti Sabtu pun turut diragut dek kesebokkan...kene hadiri kursus profesionalisme. Nasib baik kursus tu best...tak la rasa tertekan sangat....banyak input.
Hanya tinggal hari Ahad utk merehatkan diri dan mencuci "segala maknika" pakaian yang dah lama minta dicucikan. Itu pun aku diminta jadi hakim pada Ahad tu. Terpaksa menolak demi menstabilkan otak dan minda ini.
Minggu ini....
Ok sikit...cuma aku hampir nak demam. hari selasa aku diserang kepeningan yang amat sangat. Ditambah perut pula sakit yang amat. Masa balik sekolah aku terhoyong hayang diatas motorsikal. Nasib menyebelahi ajalku. Sempat sampai kerumah walaupun dalam keadaan yang sungguh azab.Mlmnya aku mengurut seluruh tubuhku sendiri. Kepala masih kepeningan. Bergerak aje badanku, kepeningan mengisi seluruh ruang kepalauku. Lepas maghrib aku merebahkan diri. Bila tersedar, jam sudah 4pg. Aku bangun solat Isyak.
Kupanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi sbb badanku ringan kembali. Kepeningan sudah hilang. Alhamdulillah, aku dapat ketempat kerja walaupun perutku masih ada lagi sisa2 kesakitan semalam.
Sehingga bersua lagi...aku tak larat dah...
KAMUS KUMBE: Serba Maknika= Serba serbi, semuanya, segalanya.
2 respon:
Assalammualaikum,
alhamdulillah, harap kerap2 lah update ya.
satu lagi banyakkan post di kelantan blogger agar ia subur dan berkembang.
sama kita hidupkan blog kita klate.
salam persaudaraan,wassalam.
Mcm2 perkataan dlm kamus kumbe ni yer.Serba maknika ado..hehe. Awk, 'megho' tu gapo dio?
Catat Ulasan