Salam,
Semenjak pulang kekampung, jarang aku jenguk blog aku ni. Tak berkesempatan. Sekarang di musim hujan. Pada perkiraan aku, Raya Haji nanti pun mungkin disambut dalam keadaan hujan. Dah 2 minggu rasanya aku kat kampung. Masa aku sampai kat kampung aritu, cuaca elok. Keesokkan harinya, hujan mulai turun. Sehingga sekarang, kalaupun tak hujan, langit sentiasa mendung.
Dok kat kampung ni memang tenang dan damai. Walaupun dok kat rumah aje, namun aku tidak merasakan kebosanannya. Masa balik haritu, ayah aku tengah pasang siling rumah. Tak siap sepenuhnya. Jadi, hari seterusnya, aku menolong beliau memaku siling. Hari ini barula siap. Itupun tak sepenuhnya kerana kayu dah habis. Mungkin disambung lain kali.
Sebelum aku balik aritu, aku dikejutkan dgn kebakaran kat rumah aku. Nasib baik Allah Taala memeliharanya. Kebakaran itu dapat dikawal hasil pertolongan abg, sepupu dan bebudak kampung yang berkebetulan ada pada mlm tersebut. Kebakaran berpunca dari mesin basuh yang shock. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika mak dan ayah aku sedang makan malam. Pada mlm tersebut hanya tinggal mereka berdua shj. Mujurlah kebakaran itu disedari dari awl. Kalau tidak entah apa yang akan terjadi. Mungkin aku akan beraya haji tanpa rumah.
Apapun, aku bersyukur pada Allah Taala yang melindungi rumah kami dari menjadi mangsa kebakaran. Mesin basuh yang menjadi punca kebakaran itu skrg hanya tinggal besi sahaja. Badannya cair, takder satu pun yang tinggal.
Mungkin lain kali aku akan menulis lagi jikalau berkesempatan. Harap2 tahun ini tak ada la banjir besar yang berlaku. Moga hari raya korban yang akan datang dapat diraikan dengan meriah.
Jumaat, November 28, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan