Salam,
Fuh, lama jugak aku tak menaip dalam blog ni. Semenjak balik dr hari keluarga dulu, aku tak menaip langsung. Sebok dgn program. Banyak sangat program2 diakhir senja. Walaupepun, sekarang aku sudah berada di kampung halaman tercinta. Sampai aje aku ke laman tercinta, hilang segala keserabutan didalam otak ini.
Sepatutnya, aku sudah balik ke kg pada Sabtu tetapi dek kerana program diakhir senja yang tak dapat dielakkan ditambah pulak aku ditugaskan sebagai penceramahnya maka terpaksalah ditunda perjalanan aku ke kg. Maka pada Selasa, selepas memberi ceramah pada GPI2 dari seluruh daerah BP, aku pun bergerak balik ke kg. Mujurlah ceramah aku berada dislot yang pertama. Maka dalam pukul 9.30pagi, aku dan teman serumah aku yang sudah lama menunggu terus bertolak balik.
Aku sampai kerumah dalam pukul 4 lebih. Sebenarnya aku sampai awal lagi tetapi kerana menunggu abg aku menjemput aku di Machang, aku sampai kerumah, ke kampung halaman tercinta pada pukul 4 lebih. Dah dekat waktu Asar.
Tenang sahaja melihat kampung halaman. Taliairnya yang dah dibersihkan itu menambahkan lagi ketenangannya. Bertambah cantik. Semalam, cuaca panas. Tak ada riak mahu hujan. Tetapi pagi ini, awal2 pagi lagi hujan sudah membasahi bumi. Waktu sekarang inipun, semasa aku sedang menaip tajuk ini, hujan masih rintik2 turun membasahi bumi...
Rabu, November 19, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan