Rabu, Disember 03, 2008

 Aktiviti kat kampung...

Salam semua,

Aku menulis lagi. Skrg ni waktu pagi. Dalam kul 6.55. Bangun tido hari ni, aku tidak mendengar titis-titis air hujan. Maknanya tak hujan la hari ni. Aku jenguk keluar. Hurmmm, memang tak ujan. Nasib baik la.. Boleh la hari ni jemur kain baju yang dah dibasuh. Semalam dgn hari ini menunjukkan cuaca yang agak baik walaupun awan mendung berarak kelabu. Cam lagu Alleycats plakk...:)

Semalam, aku dan anak buah aku serta ayah aku dok repair rumah. Gelegar rumah aku dah reput. Al maklum la, rumah kampung yang dah tua. Sebabnya ialah air hujan yang menitis hasil dari ketirisan atap menyebabkannya reput. So, jadi tukang rumah la kejap aku. Gedegung gedegang maka siap la memaku gelegar. Jenuh jugak nak siapkan. Dalam 4 keping yang nak kena tukar. Mujur ada papan lebih.

Rumah aku ni memang dah lama. Tunggu nak roboh je. Itu yang perlu dibuat pembaikpulihan tu. sekarang ni pun tgh doh pasang wiring baru. Wiring yang ada tu mmg dah lama. Dah dalam 28 tahun rasanya. Bimbang takut kalau2 wayar bocor. Hari tu pun rumah aku dah nyaris2 terbakar.
Jadi, sekadar termampu, buat masa sekarang, apa yang perlu dibaik pulih akan dibaik pulih. Semoga rumah aku ni tak roboh dalam masa terdekat ni huhuuhu.

Sebelah petang, aku capai motor anak buah aku pi ronda-ronda kampung tengok perkembangan kampung aku selepas hujan tak henti-henti 3-4 hari ni. Memang hujan menyebabkan paras air naik. Sawah-sawah dah tak nampak batasnya. Tapi sesetengahnya dah menampakkan batasnya setelah hujan mengurangkan kelebatannya. Sempat aku snap beberapa gambar. Tapi aku takleh nak letak sini sebab tak transfer lagi ke dalam laptop aku. Mungkin lain kali aku cuba letak. Itupun kalau aku ingat hihihi.

0 respon: