Salam,
Alhamdulillah, skrg aku sudah berada dikampung. Hari ini hari ke 28 berpuasa. Lagi dua hari, ummat Islam akan merayakan hari raya. Hari ni aku tidak berbuat apa2. Sekadar dok dirumah, rilek2 saja sambil berborak dgn family. Cumanya pada waktu petang aku bersama 2 org anak buahku ke Bazar diKetereh untuk membeli juadah berbuka puasa.
Sebenarnya hajat kami mahu ke Bazar Ramadhan di Peringat. Tetapi memandangkan petang itu hujan turun agak lebat maka hasrat kami itu terbantut. Mungkin susah untuk menjalankan urusan beli membeli juadah berbuka di kedai Peringat jika hujan seperti itu berterusan. Berlainan jika dikedai Ketereh. Disitu semua peniaga diletakkan dalam satu khemah. Jadi, walaupun hujan turun, urusan jual beli juadah berbuka puasa masih lagi boleh diteruskan tanpa ada ganguan. Cuma mungkin sedikit bechak aje la. Selepas membeli, kami pun pulang kerumah. Sudah menjadi lumrah, diKetereh keadaan lalulintas memang selalu padat. Ditambah pula dengan kehadiran kenderaan2 dari anak2 Kelantan yang merantau diluar. Menambahkan kesesakkan lalulintas disini.
Pada malamnya, selepas Isyak dan Terawih, aku dan 2 orang anak buah ku sekali lagi keluar. Kali ini kami ke KB Mall. Saja mencari kalau2 ada baju2 atau seluar2 yang murah. Tapi almaklumla bila dah raya, semua barang mahal. Nama aje ada less tapi sebenarnya mahu mengaburi mata pembeli. Keluar dari KB Mall kami ke wakaf siku. Aku mahu keluarkan sedikit uwang. ATM di KB Mall ada tulis 'Out Of Servis'. So terpaksa la kami ke wakaf siku. Manusia agak ramai. Terpaksa beratur sebelum mengeluarkan wang.
Semasa dalam perjalanan pulang, semasa berhenti dekat lampu isyarat untuk ke Pasir Hor, terserempak dgn kawan maktab aku si chevrolett. Terkejut dia tengok aku disebelah keretanya. Rupanya diapun dari KB Mall jugak. Masa kat sana tak pulak terserempak. Selepas lampu hijau, kami membelok ke arah Pasir Hor dan kawan aku tu pun meulncur laju kearah Pasir Putih. Sebelum sampai kerumah, singgah sekejap dikedai. Lias beli cholek buah, cholek keropok dan somtan. Pastu kami pun terus membelah malam balik kerumah yang pada itu jan menunjukkan pukul 12malam lebih.
Isnin, September 29, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan