Salam,
Hari ni hari ke 27 puasa. Hari ni aku akan bertolak ke kg, yahooooooooooooooooo....Lepas subuh, aku dan Deli pun terus bertolak, Kami ikut highway. Dari Bidor ke Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar ke Grik. Dari Grik ke Jeli. Mula perjalanan aku naik kete bersama Deli. Bila dah sampai masjid batu 8, aku turun situ. Rumah Deli masuk simpang depan tu je. Selalu dia hantar aku ke Machang. Tapi kali ni aku tumpang Ustad Zaidi sampai ke Ketereh. Sampai di Ketereh, abe bahari dah lama menunggu. Aku sampai kerumah lebih kurang pukul 12 lebih. Dekat dgn waktu zuhur.
Tenang je hati bila jejak kaki kerumah. Gembira tak terkata. Rupa2nya along dah ada kat rumah. Dia sampai kul 2 pagi tadi. Masa aku sampai umah tu. Mek, kaknak ngan Midah depan tu baru balik dari ketereh. Pegi pasar Sabtu. Along yang drive.
Petang itu, acik sekeluarga plak sampai. Dekat pukul 4 dah. Jem katanya. Huii jauh bezanya dengan aku padehal kami bertolak sama2 lepas subuh. Tapi sampai aku dulu. Biasa la, Jalan Grik tak sesak sangat.
Petang itu aku berbuka bersama2 dgn ahli keluarga yang lain. Dengan mek, cik, moknah, acik, lias, along dan abg nuar. Seronok tak terkata. Hidangan pulak best. Ada ayam percik, ikan percik, daging bakar, akok, air tebu, air kelapa, dan juga kerabu perut. Berselera sungguh aku makan.
Malam tu oleh kerana penat sgt aku tertido awl. bangun Terawih tgh mlm sengsorang diri....:)
Ahad, September 28, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan