Sabtu, September 27, 2008

 26 Ramadhan 1429H

Salam,

Sudah 26 hari berpuasa. Cuma tinggal beberapa hari lagi untuk raya. Aku hari ini tak kesekolah kerana ke Tapah untuk appointment kedua. Lebih kurang pukul 9.20, aku sampai di poloklinik tapah. Orang agak ramai. Dekat sejam lebih menunggu barulah aku selesai membuat medical checkup disana. Huh...kalau dikira dari mula dulu, proses untuk aku membuat medical checkup itu lebih kurang sebulan campur perjumpaan pertama dan kedua. Berbeza sangat kalau aku buat kat hospital swasta atau klinik swasta yang menawarkan khidmat itu. Aku mungkin akan dapat semua itu dalam masa beberapa jam sahaja!!....begitulah jauh bezanya...Harga sesuatu yang free itu begitulah. Terpaksa melalui karenah2nya yang kadang2 menyakitkan hati. namun aku tetap bersabar.

Aku balik sudah pukul 11. Hajat dihati aku mahu terus hantar dokumen itu kesekolah. Tetapi memandangkan sudah lewat, ditambah pula hari ini hari jumaat maka aku membuat keputusan untuk menghantar selepas jumaat.Selepas jumaat, lebih kurang dalam pukul 3, aku terus kesekolah. Dalam perjalanan, aku lihat awan mendung berarak kelabu. Angin agak kencang. Nasib baik aku sempat sampai sebelum awan memuntahkan hujan yang agak lebat. Dekat pukul 4 lebih selepas solat asar diMasjid Jamek trolak, aku bergegas balik.

Hari ini merupakan hari terakhir aku kebazar Ramadhan. Balik dari sekolah aku terus kesana. Membeli martabak dan soya. On the way balik singgah kejap beli beg untuk mengisi pakaian balik ke kg kerana beg aku yang satu tu sudak terkoyak.

Hari ini hanya aku dan Deli yang berbuka dirumah. Matlan sudah balik ke kg, Saman pula berbuka di Tapah. Maka tinggallah aku dan Deli. Petang itu kami berbuka di Suria Seafood dekat dgn umah kami. Kedai Mat. Kami menempah ikan kerapu masak tiga rasa. Memang puas hati. Harganya semua sekali dekat 40 ringgit semuanya. Fuh, boleh tahan...:)

Malam ini aku berterawih untuk kali terakhirnya diMasjid Bidor memandangkan esok harinya aku akan bertolak balik ke kg. Malam ini, Tok Imam Hasan yang jadik imamnya. Selepas balik dari masjid, aku siggah dikedai hardware untuk membeli plastik sampah kemudian terus balik kerumah. Penat sangat hari ini. Sekejap sahaja aku terlena ditambah pula oleh keadaan letrik yang tak menentu. Kejap ada kejap takada. Pastu ada bali pastu takda. Berkelip2 lampu. Karan tak cukup kot. Aku pun apa lagi terus landing dengan tenangnya...

0 respon: