Salam,
Lagi lima hari untuk raya. Hari ini hari ke duapuluh lima puasa. Tepat pukul 12lebih pagi, aku dan kengkawan keluar rumah untuk ke Simpang Pulai. Singgah sekejap dirumah cikgu Taib untuk menjemput beliau. Selepas itu, dengan menaiki Livina beliau, kami bertolak ke Simpang Pulai jam 12.30 pagi rasanya waktu itu.
Sampai kesana lebih kurang pukul 2pagi. Sebenarnya, kami ke pasar borong di Menglembu untuk mencari bahan-bahan untuk dibuat bbq malam nanti. Pukul 2pagi lebih, pasar masih belum buka lagi sbb pukul 2.30 baru beroperasi sepenuhnya. Jadi kami kekedai mamak dahulu pekena teh tarik. Pukul 2 pagi lebih, kami pun bertolak ke pasar borong balik. Sampai disana orang sudah memenuhi. Livina cikgu Taib pun terpaksa di parking diseberang jalan memandangkan tempat parking sudah penuh.
Sampai kedalam pasar borong tersebut, aku lihat orang ramai dok sebok memilih. Ada ikan,udang, ketam, belut laut, dan macam-macam lagi. Kelabu mata jugak melihatnya. Selepas mundar mandir dalam pasar itu lebih kurang sejam, kami pun kembali ke Bidor. 50 ringgit lebih dihabiskan untuk bahan2 yang akan dibuat bbq nanti. Ada ikan, ada udang, ada sotong dan lain2.
Sampai kerumah pukul 4.10 pagi. Walaupun mata dah tak mengantuk, aku paksakan juga untuk tidur. Pukul 5.15pg, aku terjaga untuk sahur. Selepas solat subuh, aku pun kesekolah dalam keadaan yang agak tak stabil kerana tidurnya cuma sejam.
Kat sekolah, aku bereskan rekod mengajar untuk harini dan esok juga selepas raya kerana keesokkan hari aku takkan hadir kesekolah kerana ada appointment dgn doktor untuk urusan medical checkup aku. Hari ni, aku tolong Kak Ton isikan nama untuk murid 6B. Kesian beliau terpaksa mengisi untuk data itu sampai bercengkang mata. Hari ni aku menolong beliau mengisi nama pelajar-pelajar dan dia isikan selebihnya. Sepatutnya bukan dia yang mengisinya kerana kelas itu bukan kelas dia tetapi entah macamana dia jugak yang kene. Mendengarkan rayuannya supaya aku menolongnya, tak sampai hati aku mahu menolaknya. Lagipun isi nama tu bukannya lama pun.
Hari ni aku terasa agak bengang. Aku terpaksa merombak balik skrip untuk kalam jama'e kerana sesebuah kumpulan tak dibenarkan untuk bercampur. Maka terpaksalah aku merehatkan bebudak lelaki dan hanya mengambil bebudak perempuan aje. Itu pun jenuh aku mencarinya kerana kekurangan pelajar. Ditambah pula dengan syarat baru yang tidak membenarkan pelajar lain turut sama menyertai kecuali bebudak j-qaf sahaja. Arghhh..kebengangan aku mula bertambah. Entah macamana la nanti. Aku dapat tahu juga bahawa sekolah aku yang akan menjadi tuan rumah nanti. Arghhh tidakkk....
Balik dari sekolah, selepas Asar, aku dan seisi rumahku ke Teluk Intan. Kawan serumahku mahu menyopingkan diri mereka. Jumpa dengan kawan sepembelajaran dulu, Merang. Hajatnya mahu berbuka dirumah beliau tetapi dek kerana tak jumpa jalan kerumahnya maka kami pun terpaksalah berbuka ditengah jalan. Opss..bukan tengah jalan la..tepi jalan. Ingat nak singgah dimasjid tetapi terlepas la plakk...Terpaksala berhenti di petronas memandangkan waktu berbuka sudah masuk. Hari ini dalam sejarahh. Berbuka puasa ditepi jalan. Tapi syok jugak rasanya hehehhe. Selepas itu, singgah dimasjid Jeram Mnegkuang, menunaikan solat maghrib disitu.
Malamnya dalam pukul 10.30, kami pun memulakan sessi pembakaran. Buat bbq la tu kononnya. Ada ikan, udang dan sotong. Tetamu yang datang hanya cikgu Taib dan Ustad Zeydie je. Jenuh la memakannya sampai tak larat. Pastu, dek kerana kekenyangan masing2 melabuhkan diri diruang tamu. Dupp!!..letrik terpadam. Arghhh....blacout plakkkk....Lepas tu dgn serta mertanya mata terasa sangat mengantukk. Apa lagi, aku pun terus ZZzzzzzzzz.....
Sekitar Peristiwa:
Pukul 2.45 pagi di pasar borong. Kesibukkan
jelas nyata...
Latihan kalam jama'e...
Di Teluk Intan. Gerai2 jualan sempena
Hari Raya diperkarangan menara condong...
Menunggu Saman kekedai Sin Tye Lock...
Berbuka puasa ditepi jalan dekat Petronas...
Yang menjadi mangsa pembakaran pada
malam kejadian...hehehe
Khamis, September 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 respon:
27hb bangun sahur bo la tido nya..paka lepas subuh bertolak balik selalu la...nak raya dah ni...
Cerak doh...bangun paka tok tido dohh..terus balik lepah sahur...:)
Catat Ulasan