Khamis, September 25, 2008

 24 Ramadhan 1429H

Salam,

Hari ke 24 puasa. Hari ini pun sama dengan hari-hari sebelumnya. Cuma hari ini sikit aje ada beza. Hari ni berbuka puasa bersama-sama dgn kengkawan sekolah dekat Resort yang berhampiran. Aku pergi dengan moto je. Teman sejati aku. Sampai ke restoran tersebut tanpa ada seorang pun lagi tiba. Ingatkan aku yang terlewat. Punya la slow aku bawak moto. Tapi masih lagi jadi yang terawal. Walaupun aku berbuka dekat restoran diresort, namun martabak tak penah kulupakan untuk dibeli. Sebelum datang ke resort, sempat aku kebazar untuk membeli martabak. Juga photostat buku untuk diberikan kepada bebudak peserta kuiz nanti. Juga mengisi 8 ringgit minyak kat stesen petronas. Sikembar yang bertugas hari ni.

Lepas selesai berbuka, aku memecut laju supaya 'dan' untuk berterawih dimasjid. Maklumlah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit juga. Aku bertolak pun dah hampir 8.15. Isyak 8 duapuluh lebih. Nasib baik dengan kelajuan maksima, sempat aku sampai singgah umah sekejap dan terus kemasjid.

Hari ni tension sangat sbb internet bermasalah. Takleh nak switch. Post yang ni pun sudah terlewat menjangkaui hari lain dah. Itu sumer masalah tu yang punya pasal. Balik dari terawih aku tak tido sbb ada projek yang best dikeesokkan hari....:)

0 respon: