Salam semua...,
Agak lama juga aku tak "atas tarikh"kan aku punya blog. Sekarang dah abis raya walaupun orang kata raya sebulan. Tapi bagi aku raya cuma tiga hari. Yang terasa kemeriahannya. Sekejap sahaja masa berlalu. Tup tup dah masuk bulan sepuluh. Ini bermakna lagi sebulan setengah sessi persekolahan 2008 akan berakhir. Skrg, orang yang keje kat sekolah ngajar budak sekolah sangat sebok. Macam-macam kene buat. Program pun banyak ada. Aku pun turut merasa akan kesebokkannya.
Berbalik kepada balik kampung itu hari, memang terasa sangat keseronokkannya. Terutama bila dapat berkumpul dgn sanak saudara. Pada 29hb 9, aku sekeluarga berbuka puasa bersama-sama. Seronok sangat, tak terkata. Anak buah aku yang ramai tu pun kalau sekali sekala bersua memang terasa akan kebingitannya. Tetapi melihat mereka bermain sesama mereka terasa akan kemeriahannya keluarga aku ni. Aku bersyukur sangat dapat hidup dalam keluarga seperti ini.
Raya, seperti biasa, menziarahi sanak saudara. Yang dekat didahulukan. Yang jauh selepas itu. Aku menziarahi pusara atuk dan nenek pada raya ketiga, hari Jumaat. Aku pergi seorang diri. Berada dikubur atuk dan nenek, mengingatkan aku ketika mereka masih hidup. Terasa shahdu sangat. Pilu...Atuk, nenek,...aku merindui saat kalian bersama kami. Sewaktu kalian masih hidup. Betapa indahnya saat itu. Aku terlalu rinduu.......
Selepas habis bercuti, aku bertolak ke Perak pada hari Ahad. Mujurlah jalan tidak terlalu sesak. Kami sampai ke Perak pada pukul 5. Bertolak dalam pukul 10.00pg dari Kelantan.
Sekarang aku sebok dengan kerja-kerja disekolah. Moga Allah mempermudahkan segala urusan aku. PadaMu Allah, aku pohon segalanya.
Khamis, Oktober 09, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 respon:
Salam,
Baru tersedar yg tuan hamba ada menghantar komen kat blog hamba!Terima kasih banyak2!
Sama-sama...Tulisan tuan hamba pasal drama tu menarik perhatian.
Catat Ulasan