Khamis, September 18, 2008

 18 Ramadhan 1429H

Salam,

Hari ni aku tak kesekolah. Hari ni aku bersama-sama teman aku ke PKG Slim untuk menghantar data GPI. Pukul 8.15, kami sampai di perkarangan PKG tersebut. Kira orang yang terawal jugak la kami. Selalunya lewat je sampai hehehhee...Alhamdulillah la, takder masalah dgn data. Semuanya ok walaupun ada bermacam2 khilaf ttg data. Apapun aku dah hantar data tersebut. Cuma kawan aku yang sorang tu. Ada masalah dgn data dia. Entahla kenapa. database rosak kot.

Lepas pemberesan ttg data2 tersebut, Ustad Bahruddin menyampaikan sedikit maklumat tentang aktiviti2 yang akan dijalankan di daerah kami. Tak ketinggalan juga ustad Mudakhir. Beliau turut memberikan beberapa input. Dalam ucapan beliau, ada sedikit sebak didadanya bila mengenangkan masalah akhlak dikalangan pelajar sekarang. kami dinasihati supaya ikhlaskan niat supaya apa yang diajarkan betul2 masuk kelubuk hati para pelajar. Betull,skrg ni tak kira dimana, masalah akhlak tersangat parah. Udara sekeliling banyak mempengaruhi perkembangan akhlak para pelajar. Namun begitu, kami tidak akan putus asa dalam mentarbiah para pelajar agar apa yang diajarkan dapat dihayati sepenuhnya. Moga Allah campakkan keikhlasan dalam benak jiwa kami. Lebih kurang pukul satu lima belas, kami pun masing2 berangkat balik.

0 respon: