Khamis, September 18, 2008
Jangan Main Mercun!!
Ni la kartun terbaru dari aku. Jangan main mercun. Sebenarnya best main mercun ni. Apa taknya dum dam dum dam. Best giler. Tapi dalam kebestannya itu, perlu diingat bahawa silap langkah nanti padah menerima. Jari yang sepuluh mungkin tinggal lapan kalau tersilap langkahnya. Dedulu aku dan geng aku kat kampung selalu main meriam buluh. Tapi takder plak macam bebudak skrg. Putus sana, putus sini. Sekalipun buluh tu pecah, tapi kitaorang takder yang cedera. Yang paling teruk pun rambut je jadik cam bulu biri-biri sebab terkena api masa tiup kat dalam lubang meriam tu. Mungkin kitaorang dulu tak sekreatif bebudak zaman skrg. Buat mercun buatan sendiri. Kitaorang punya tradisional.Ppakai minyak tanah je. Tapi bunyinya gempak wooo. Cuma masa tiup kat dalam meriam tu je la berisiko skit. Takut rambut kene sambar dek api hehehhe..jadik cam bulu kambing biri-biri. Pepun, nasihat aku untuk semua, JANGAN MAIN MERCUN.....mainla meriam buluh cam aku hehehhe...
Labels:
Kartun Aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 respon:
Wahhh... Lawa lukisan kartun awk...
Pandai nyer dia lukis =)
hehehe...biasa je...tapikan, saya pun rasa lawa berbanding dgn lukisan yang sebelum ni hehehhee...
Catat Ulasan