Salam semua,
Hari kesembilan belas puasa. Hari ni Jumaat. Pagi2 lagi sampai kat sekolah siti dah panggil aku. Dia suh amik data ssdm fasa 2 untuk dihantar ke ppd. Jenuh la aku pagi tu. Sepatutnya data tu dah dihantar semalam. Oleh kerana semalam aku takder kerana ke slim atas urusan data juga, maka terpaksalah data ssdm tu dihantar hari ini. Jenuh aku cari nak masuk kedalam sistem akhirnya jumpa juga la. Almaklumlah aku ni baru danugerahkan sebagai orang data. Maka bertambah la kejer aku. Sepatutnya aku tidak boleh diberi tugasan ini kerana ia memerlukan seorang manusia yang jumlah masa mengajarnya 12 masa aje. Tetapi entah macamana,aku jugak yang dipertanggungjawabkan. Hurmmm...Hari ni aku masuk lewat sikit kekelas disebabkan data tersebut.
Habis waktu sekolah, aku terus cau cincau. Lepas solat Jumaat aku relaks jap kat ruang tamu. Matlan & Saman takder hari ni. Matlan macam biasa pulang kepangkuan kluarganya di Chemor manakala Saman pulang ke Grik bersama Tajol. Maka tinggallah aku dan Deli kat rumah. Tengah syok2 dok tidur, datang plak pakcik yang baiki tangki air minta duit diaorang. Terkejut aku. Selepas dapat duit diaorang, diaorang pun balik dan aku menyambung kerja2 peniduran yang terbengkalai. Deli mengajak ke Tapah tapi oleh kerana tahap kemengantukkan melampaui batas sangat, aku tertido. Deli pun turut serta, kui..kui.
Bangkit dari peniduran dekat kul lima lebih. Lepas solat, kami ke bazar Ramadhan. On da way kebazar, singgah sekejap dikedai Suria seafood pesan lauk. Abg suria tu minta tolong belikan kuih. Pastu kami pun meneruskan hajat ke bazar.
Lepah selesai membeli di bazar, aku gi isi minyak motor. Pastu terus balik. Singgah sekejap disuria untuk menghantarkan kuih dan ambik lauk yang dipesan. Sampai kat rumah baru perasan yang sup tertinggal kat kedai tai. Waduhhhh...waktu dah nak masuk dah. Maka tak merasa sup la aku petang tu. Disenja itu aku berbuka hanya bersama Deli dalam kebujangan kami berdua.
Jumaat, September 19, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan