Khamis, Julai 09, 2009

 Rindu Padamu...

Salam,

Sekarang ni musim durian dah semakin slow dah...hari sebelum ni, memang jenuh aku makan durian sbb selalu ada jamuan buah-buahan. Aku rasa bertuah jugalah walaupun berada jauh dari kampung halaman, aku masih lagi berkesempatan merasai nikmatnya buah-buahan...itulah untungnya aku bekerja dikawasan kampung...tak susah nak dapatkan buah-buahan tersebut...dan yang pentingnya,kalau aku tak beli pun aku masih lagi dapat merasainya...yelah..kawasan kampung...bukan macam dekat bandar...segala macam nak kene beli...ditambah pula dgn keadaan penduduk kampung yang pemurah itu.

Sebut pasal kampung halaman..hati aku menjadi rindu...rindu pada kampung aku...Esok member serumah aku nak balik kampung...tapi aku tak turut serta. Diaorang balik sebab nak makan buah-buahan. Aku kat sini dah jenuh dah sbb bebudak asyik buat jamuan buah-buahan je tapi member2 aku takder la macam aku...maklumlah..diaorang keje kat pekan...aku pulak bukan taknak bawak balik..tapi susah nak membawanya...maklumlah..aku ni naik moto je...apepun aku doakan diaorang selamat balik dan kembali nanti...

Tak mengapalah...mungkin bulan 8 nanti aku dapat balik ke kampung...nak tengok keadaan rumah...sekarang ni aku kene siap sedia la...dah tak lama dah...pepun..aku memang rindukan kampung aku...terutama taliair...tempat aku dan kawan-kawan aku selalu main sewaktu kecik dulu....sesungguhnya memori itu terlalu indah...



Kampungku yang indah...aku merinduimu...

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bestnya kalau dapat mandi kat sungai tu...:)