Salam,
Jam 5 pagi aku bangkit dari peraduan. Rehat sekejap mengambil nafas sambil minum air mineral. Kemudian aku mencapai tuala untuk kebilik mandi. Selesai mandi, aku kebahagian dapur. Malam tadi aku basuh baju lupa nak siapkan. Kemudian aku selesaikan bahagian pembasuhan baju yang belum selesai itu.
Tatkala itu hujan turun dengan lebat. Aku melihat langit. Warna kehitaman pekat menunjukkan tanda-tanda hujan tak mungkin berhenti dalam jangka masa yang singkat. Oh...waktu tu pukul 5.30 pagi, patut la hitam,gelap....tapi memang betul...hujan memang tak berhenti-henti sehinggalah aku terpaksa meredah hujan pada pukul 7.10pg. Kalau aku tak redah alamatnya tak ketempat kerja la aku. Itu pun pertama kali aku kelewatan ketempat kerja.
Dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40minit itu, aku ditemani kesejukan yang teramat sangat hingga menusuk sampai ke tulang sum-sum. Akhirnya aku berjaya sampai. Rupa-rupanya ada juga teman-temanku yang sampai sewaktu denganku. Kasut dan stokingku basah kuyup. Begitu juga dengan baju hujanku. Itu sudah tentu. Tak lupa juga motorku yang setia itu. Turut bermandikan hujan.
Begitulah keadaanku jikalau hari hujan. Namun kutabahkan hati, kutenangkan perasaanku. Itu hanyalah cubaan dunia yang tak seberapa. Betapa hidup ini banyak cubaan dan cabarannya. Nanti aku nak kene beli kereta ni...
Sekian.
Rabu, Julai 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 respon:
Dugaan semua tu kan.. terlalu manis bila dikenang2 balik.. sama mcm saya dulu, masa keje kat shah alam, berulang dengan motor je dari USJ.. hujan pun terpaksa la merempit..sampai dlm basah kuyup tu dah biasa dah..pernah skali tu, sampai2 je opis, dah ada org tunggu nak ditemuduga..sedih je ase, interviewer nya basah kuyup..hahaha, tp tu la, manis utk dikenang =)
K.A.N.C.I.L. T.U.R.B.O.O.O.O.O. hahaha...
slps kawin n sblm ada keta,begitulah kami..bile hujan jerk,pasti lencun meredah hujan,dua2 tanpa baju hujan..tp kenangan itu xmungkin kami lupakan sampai bila2..perkara yg dimulai dgn kesusahan pasti akn lebih dihargai dan diingati pabila kita mendapat kesenangan..tul tak
Azwani & Ummisofea: Tu la...kenangan tu la menjadi pembakar semangat untuk meneruskan hidup yang seterusnya...kalau x susah dahulu...pasti kita ni mudah lupa diri...harap2 diri ini akan sentiasa ingat siapa dia...:)
Hazarl: Skyline Turboo....hehehehehe
beli keto cepat2 la uje semace loni nih...hehehe
akhirnya aku berjaya tinggalkan jejak disni...buleh dah nk koho2 beli kereta tu...persediaan semasa hujan dan semasa kahwin nanti..!
Bersusah2 dahulu... Bersenang2 kemudian~ Ni ape skyline turbo pulak nih? Baru2 ni takleh nak turbo2 lagi yer bang... =)
Meme nok beli doh...dale persiape pembelian...dok mikir nok beli mercs ko BMdabaliu...hahahaha...xpayoh buh turbo doh... :D
Catat Ulasan