Today is thursday...pagi aku ketempat keje seperti biasa...tak seperti pagi rabu semalam, pagi2 aku dah kene hujan. Lebat pulak tuu...'berjojoh' aku...sib baik ada GIVI...tak la lencun...lembab je...Hari ni cuaca elok sampai kepetang.
Hari ni aku di 'observe'...sepatutnya hari Isnin lepas tapi memandangkan pada hari tu kene masukkan TOV so tertundalah sampai kehari ini.
Kul 12.30 ada meeting pulak. Aku yang kene jadik tukang tulis minit mesyuarat. Bab yang paling aku tak minat. Buat minit mesyuarat...kalau setakat tulis utuk aku tu je takper la...tu pun bila balik kerumah.,bila bukak balik apa yang aku tulis...kengkadang aku pun tak paham...jalan penyelesaiannya...aku rakam sumer kandungan meeting dengan ic recorder aku...senang..bila ada masalah dgn penulisan aku..aku bukak balik apa yang telah direkodkan...al-maklum la..masa menulis tu kot2 ter'koya' barang seminit dua...dah terlepas apa yang dibincangkan...:)
Meeting tamat dalam kul 2.50pm. Aku sampai kerumah dah dekat kul 3.40pm dah.Selepas solat Asar,ku pun bergegas ke kedai makan pekena nasi goreng sotong sama itu sirap limau...perut aku dah tak tertahan akan kelaparanya. Selepas tenaga dipulihkan, aku ke bengkel motor untuk tukar palam pencucuh motor aku. Terbang 10 ringgit malaysia duit aku. Lepas tu aku balik kerumah.
Dalam kul 6 lebih rasanya, Kak Sarah cal kata dia nak ke kedai Leno. Itu sudah bagus. Ini peluang aku nak g beli kasut. Sebelum ni aku dh survey kasut tu. Harganya kalau untuk bukan ahli mahal 20 ringgit. So aku tumpang la Kak Sarah punya kad member Leno. Dapat murah 20 ringgit sesambil dia beli barangan untuk dia sekali aku tompang la sekaki...:)Aku bukan apa, kasut aku yang lama dah bercakap2 dah. Tu yang aku beli yang baru tuu...:)
Balik dari membeli kasut...tolong Mat Lan pasang reban arnab...arnabnya dah semakin banyak...skrg ni dah masuk 10ekor...tambah lagi 3 ekor yang baru lahir. Jumlah keseluruhannya ada 13ekor...semoga dia menjadi penternak arnab yang berjaya...Permintaan untuk daging arnab skrg ni melebihi stok yang ada kat Malaysia ni...Buat sesapa yang takder keje tu...bolehlah mencuba bidang ini...Boleh jana pendapatan lumayan...sehingga bersua lagi...
KAMUS KUMBE: Berjojoh= Lebih kurang lencun la...Koya= mengelamun
1 respon:
Da tengok daa kasut baru dier.. =)
Smart...Segak bergaya. I like..Heee~ ;D
Catat Ulasan