Salam,
Lebih kurang kul 6.50am aku ketempat keje. Minggu ni giliran aku bertugas bersama Kak Ju. Kak Ju ambil alih untuk handle perhimpunan pagi, maka sempatla untuk aku pekena nescafe dengan goreng pisang dua keping buat alas perut.
Lepas minum aku bergegas naik kepejabat. Lepas tandatangan aku capai Surah Yasin dan terus turun kesurau. Hari ni hari Jumaat. Bebudak thn 6 ada bacaan Yasin. Aku ditugaskan untuk mengetuainya. Lepas bacaan Yasin, aku bergegas pula ke 1A. Bebudak aku sedang menunggu disitu.
Memandangkan harini hari Jumaat, maka wajiblah bagi lelaki untuk ke masjid menunaikan solat Jumaat. Aku tak terus pulang kerumah. Aku menunggu untuk berjemaah dimasjid Jamek disitu.Kalau aku balik pun masjid kat mukim aku tu sedang dalam pembinaan. Tahun depan mungkin baru siap. Aku taknak penatkan diri yang sudah sedia penat untuk berkejar ke masjid yang agak jauh dari mukim ku itu.
Selepas solat Jumaat, sebelum balik kerumah, aku ke Pekan siang disitu untuk dapatkan air soya dan juga burger buat alas perut di tengahari itu. Selepas itu hondaku memecut kerumah bersama air soya dan burger didalam raga.
Sesampai dirumah, belum pun sempat aku menjamah burger, aku keluar lagi. Aku ke kaunter bas express untuk beli tiket. Esok aku mahu ke KL.Sesudah tiket bas dibeli, aku ke gerai berdekatan untuk menghilangkan lagu diperutku. Menantikan pesanan sampai, aku berborak dgn abg driver lori batu bata. Dia pun ada disitu. Ramah orangnya. Katanya dia orang Langkap...Selepas itu aku ke Tapah. Pegi cek jalan A & B. Nasib baik ingat lagi. Selepas itu aku pun pulang kerumah. Saje nak amik angin, aku ikut jalan highway. Singgah di R&R Tapah sbb kehausan. RM1.70 sebagai ganti dgn 100plus setin dgn aisnya sekali.
Sesampainya aku dekat trafic light selepas kaunter tol, ternampak dari jauh dua orang berbaju putih. Itu polis. Disitu juga kelihatan sebuah mercedes bertembung dengan Viva. Betul2 dipersimpangan trafic light tu. Tak tahu sapa la yang curi lampu merah. Semasa balik dari sekolah tadipun, dekat corner nak sampai Sungkai, ada sebuah treler panjang terbalik. Dengar katanya pemandu treler tersebut meninggal. Memang teruk. Aku sampai kerumah dekat pukul 5.30 dah. Tok Yi pun sampai pada waktu yang sama.
Aktiviti petang takder ape. Cuma main2 dgn arnab. Tengok kawan aku pindahkan arnab kereban baru. Nampak kemas skit....
Jumaat, April 17, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 respon:
Shian lampu merah kene curik kan...So, tinggal la lampu kuning ngan ijau je situ..Hehehe :D
Catat Ulasan