Jumaat, Februari 20, 2009

 Hantu Lagi huhuhuhu...

Salam,

Dah beberapa hari dan waktu aku tak update blog ni. Haritu cuma buat link ke ruangan gambar2 aku. Hari ini baru aku boleh update.

Sekarang ni aku mmg kesebokkan. Macam semalam, lepas balik dari sekolah, kene pegi balik sbb aku ada latihan dgn bebudak2 nasyid. Skrg ni musim training. Pertandingan dah tak lama dah. Melihatkan keadaan bebudak tu, aku kerisauan jugak. Tawakkal aje la.

Balik dari training, terserempak dgn krew2 penggambaran cerita seram. Kazar pelakon dia ngan Zul Yahya. Diaorang buat penggambaran dekat sekolah aku. Tajuk citer dengar katanya Dendam Pontianak. Mungkin menggantikan Kelewon yang ditayangkan skrg ni. Aduhaiii...bertambah la citer antu kat TV Malaysia. Entah apa la yang akan difikirkan oleh Yati nanti. Kalau dulu dia tgk citer antu dalam TV je. Dah sekarang penggambaran citer hantu tu buat kat kampung dia lak, bertambah la dia dengan kehantuan dia tu huhuhuhuhu....kene basuh dari awal ni...

Onda way balik kerumah, aku disimbahi titisan rahmat. Tak kisah la sbb aku dah stand by dgn baju hujannya. Sesampai kerumah dah maghrib dahh. Itu je la yang aku nak citer pada kali ni. Takder modall....nanti nak kene wat pinjaman bank huhuhuhu...@upin02

2 respon:

FirJah berkata...

aduuiiiii... ada lagi ka nak wat cerita hantu...dah bosang saya melihatnya & tak teringin pun nak nengok..jadi meluat...

eh..awat ostat tak kata kat diaorg tu..."udah-udah la tu, g balik ah"
haha

Kumbe Male berkata...

Entah la...kalau boleh ditegur...apa yang disuarakan oleh orang ramai lama dah diaorang dgr...ini dak, walaupun ramai dok komplen...namun syarikat penerbitan drama ttp jugak buat kesah camtu...nak wat camner...masyarakat kita suka dgn benda2 camtu...huhuhu