Jumaat, Januari 30, 2009

 Kembali...

Salam,

Esok aku akan kembali ke Perak meneruskan penghidupan. Hari ni selepas zohor, aku kehospital bersama abang, mak, ayah dan anak-anak buah aku. Aku kesana melawat mak sedara aku yang dimasukkan kewad kerana pembedahan ketumbuhan dalam perut. Sesampainya disana, sayu hati aku melihat wajah beliau yang semakin kurus. Aku dimaklumkan bahawa jahitan yang dilakukan telah terbukak kembali. Akupun tak faham macamana boleh terbukak tetapi itulah hakikat yang terjadi. Siapa yang patut dipersalahkan?

Berada dihospital memang cukup menginsafkan aku. Terasa betapa bertuahnya dapat menikmati nikmat kesihatan yang dianugerahi Illahi. Manusia memang selalu lupa. Lupa dengan nikmat yang dianugerahkan.

Sebelum kembali kerumah, aku bersalaman dengan mak sedara aku, mendoakan supaya beliau cepat sembuh. Tertarik aku pada perkataan 'kembali'. Selepas melawat mak sedara aku, aku 'kembali' kerumah. Esok pula aku akan 'kembali' ke Perak. Tapi entah bila, kita semua akan 'kembali mengadap Allah Taala. Itu rahsia Illahi. Bagi kita, persiapkan diri secukupnya. Mudah-mudahan bila dipanggil 'kembali' kita sudah bersedia. Mudah-mudahan.
Nikmat hidup, kesihatan, masa yang lapang, gunakanlah sebaiknya agar kita lebih mengerti akan hakikat hidup ini. Hidup kerana Illahi.


Lambat laun, kita akan kembali kerumah yang sunyi...

KumbE

0 respon: