Khamis, Januari 29, 2009

 Kat Kampung...

Salam,

Semenjak balik kampung ni, ini pertama kali aku posting. Maklum la, dok kat kampung ni bukannya senang nak guna internet. Aku kat kampung ni lebih kurang seminggu.Balik bercuti sempena tahun baru cina. Esok lusa aku kembali ke Perak.

Malam tadi aku kerumah arwah Abg Pian. Pergi bertahlil. Ramai yang datang. Penuh satu rumah.Aku pergi dengan anak buah aku manaiki motor. Balik tu, kemungkinan sebab kena angin malam yang sejuk sangat tu, kepala aku berdenyut-denyut. Lepas sapu minyak, aku pun tido.

Pada akhir bulan Muharram 2,3 hari lepas, kat umah aku ade buat Bubur Asyura ataupun org Kelantan cakap "bubo suro"...sekali sekala buat bubur asyura memang best. Dapat berkumpul beramai-ramai. Walaupun hanya satu kawah, namun kemeriahannya tu terasa la jugak.

Aku harap aktiviti yang seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang. Ianya tersangat bagus untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli keluarga mahupun penduduk kampung. Teringat aku semasa dulu sewaktu arwah atuk aku masih ada. Kalau buat bubur asyura memang tersangat meriah. Makan dalam daun pisang..besstt sangat..moga pada masa akan datang ianya taakkan lupus.

Panaskan kawah...(kaedah tradisional, masih menggunakan kayu api, tak pakai gas...kalau pakai gas, aromanya kurengg..)


Mula mengacau...


Final touch...(setelah hampir lebih kurang 6-7 jam mengacau..)


Bubur "suro" ni memang best tapi kali ni kurang "lenga" skit...hehehe

1 respon:

Kumbe Male berkata...

Terimakasih atas kunjungan ziarah...:)