Sabtu, September 06, 2008

 4 Ramadhan 1429H

Hari keempat puasa aku macam biasa. Bangun sahur, solat subuh kemudiannya pergi sekolah. Hari ni dari pagi sampai malam cuaca agak muram. Masa nak balik dr sekolah, aku tgk langit mendung berarak kelabu. Aku solat dulu kat surau sekolah. Bila nak balik, hujan pula menitiskan airnya. Aku pun mengambil keputusan untuk tidur disurau dahulu. Hujan bertambah lebat. Bunyi macam air terjun je. Risau aku takut kalau bumbung surau runtuh sebab hujan tersangat lebat. Aku pun melelapkan mata disurau. Sedar-sedar sudah pukul empat lebih. Ingatkan hujan mahu berhenti. Tapi sangkaanku meleset. Hujan masih lagi bercucuran. Kalau ditunggu alamatnya aku berbuka dekat sekolah la. Maka dengan beraninya, aku meredah hujan. Berbekalkan baju hujan, aku melangkah gagah.
Dalam perjalanan pulang, aku melihat dua kemalangan berlaku. Walaupun bukan semasa perjalanan itu, mungkin berlaku sebelumnya, hatiku menjadi risau juga. Ye la, memandu dicelah lori-lori yang besarnya berkali ganda dari aku membuatkan aku agak bimbang. Namun aku gagahkan jua untuk 'mencilok' dicelah-celah lori itu. Kemalangan pertama melibatkan sebuah van yang terbabas ketepi jalan sebelah kiri manakala kemalngan kedua melibatkan sebuah lori. Tak tahu la aku samada dia berlangar sendirian atau bersama teman pelanggaran yang lain. Yang pasti dia telah melanggar paip ditepi jalan yang menyebabkan air paip itu memancut kuat hingga ke tengah jalan. Keadaan lori itu pun agak nazak dengan keempat-empat tayarnya memandang langit. Fuh...teruk juga tu.
Aku meneruskan perjalanan kerumah dalam rintik hujan yang membasahi bumi...sebelum sampai kerumah, aku terus ke tapak bazar Ramadhan untuk membeli martabak. Macam biasa la..Sampai kerumah dalam pukul 5ptg. Selepas mandi dan solat Asar aku tercongok depan TV sambil setia menunggu masa untuk berbuka...

0 respon: