Salam,
Hari ni hari ketiga puasa. Aku macam biasa. Cuma hari ni terasa sangat penatnya. Balik dari sekolah dalam pukul 3, aku berkejar ke Tapah untuk buat medical check-up. Masa nak pegi tu, tayar motor aku pulak pancit. Terkena paku 3inci. Nasib baik kedai dekat je. Lepas tu terus aku pecut ke Poliklinik Tapah. Tension betul aku. 26/9 ni baru dapat appointment yang kedua. Lambat giler. Dalam 4 minggu lagi. Arghhhhhhhhhhhh....Dah la x-ray kene buat kat hospital lama. Berkejar plak aku kesana.Lupa nak cakap, masa test tekanan darah, nurse lupa plak nak catit pulse aku. Ada ke dia suh aku kira sendiri je...Hishhh...Takper sabar, bulan puasa.On the way balik kerumah, aku dicucuri hujan rahmat pulakk. Nasib baik x-ray aku tak ada apa-apa sbb aku letak dalam plastik. Kalau tak. Habislaa....
Memang puasa banyak menguji kesabaran.Kadang-kadang, masa ujian tu datang tak terfikir pun yang diri tu sedang berpuasa. Itulah ujian yang memerlukan kesabaran dan keimanan yang kuat. Nasib baik iman aku kuat hehehhe..
Syukran.

Khamis, September 04, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan