Salam,
Harini masuk hari kedua puasa. Kepenatan tidak la terasa sangat tetapi kalaupun terasa, terpaksa la tahan sebab puasa. Nama pun puasa. Bulan untuk mentarbiah diri. Nak rasa kepenatan mereka yang sudah lama merasakannya dan masih merasainya. Sebelum ni kita makan dan minum seolah-olah tak ingat dunia. Kalau tak ingat dunia ingat akhirat tak apa la. Ini tak ingat dunia akhirat apatah lagi. Bila makan suka membazir. Tak ingat langsung kesusahan sedara kita di bumi yang dilanda kemiskinan. Makan pun tak cukup.
Jadi dengan kepenatan yang kita rasa sempena bulan Ramadhan ni dapat mengingatkan kita akan kesusahan orang lain yang jauh lebih susah dari kita. Moga kita jadi orang yang bersyukur.
Hari ni aku bersahur makan martabak je. Seperti tahun-tahun yang lepas. Nak makan nasi memang tak lalu. Hari ni jadual mengajar aku agak penuh. Sejam je rest. Hari ni partner sepengajaran aku tak datang. Anak dia demam. Kesian dia. Harap sembuh la cepat.
Selepas balik dari sekolah, aku terus tidur. Penat sesangat penat. Bangun pukul lima. Solat asar pastu pegi bazar ramadhan cari martabak hehehehe. Jumpa dgn pak ya dengan makya. Jauhnya diaorang beli makanan.Masuk waktu berbuka, aku Deli dan Saman berbuka bersama-sama. Waktu pergi berterawih pun bersama. Masa balik, singgah sebentar dikedai Mat. Pekena teh tarik dulu. Diaorang la. Aku pekena carrot susu, untuk kesihatan mata la katakan. Sesampai dirumah, hujan masih lagi bercucuran. Tengok csi kejap lepas tu on laptop taip blog ni. Lepas tu...ermm..entah la sbb masa aku tulis ni, kejadian yang selepas itu belum berlaku lagi hehehhe....Syukran.

Selasa, September 02, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan