Assalamualaikum semua,
Hari ini bermulalah puasa. Bulan yang penuh berkat dan rahmat telah tiba lagi. 1 Ramadhan 1429h. Malam semalam aku berterawih di Masjid Al-Muhsinin. Bersahur pula bersama Acik, Moknah, Nazreen & Abg Nuar. Lalu juga aku makan sahur sbb sayur dan lauknya sedap. Sedap sungguh. Ada kerabu. Aku mmg suka kerabu. Tapi kalau masak tak sedap tak sedap la juga kerabu tu..:)
Dalam pukul 10pg, Abg Nuar menghantar aku bersama Nazreen ke Puduraya. Bas aku ke Perak dalam pukul 11.30. Begitu juga Nazreen. Waktu yang sama. Lama juga aku menanti saat tiba waktu itu. Tepat pukul 11.30pg aku bertolak ke perak dan Nazreen ke Kuantan.
Agak laju juga bas itu dikemudikan. Sampai aku ke Bidor pukul 1.15tgh. Cuaca agak suram. Dengan gerimisnya turun membasahi tubuhku yang menaiki motor untuk balik kerumah.
Sesampainya dirumah, pintu rumah berkunci. Rupa-rupanya tiada sesiapapun dirumah. Sesudah solat zohor, aku hidupkan desktop aku. Mulanya ingin tidur kerana kepenatan, tetapi bila teringat pula cerita yang best yang baru aku beli dekat Puduraya tadi, aku teruja untuk menontonya pula. Ye la, cerita kenangan aku zaman dedulu. Si Badol, begitulah nama tajuknya.
Selepas melayan hampir sejam setengah cerita tu,habislah ia...aku pun mula la lah menutup mata. Lena la tu.
Selepas bangkit dari lena, aku pun solat asar. Lepas tu pegi bazar Ramadhan. Bila beli makanan untuk berbuka tu, aku teringat sangat masa berbuka kat tempat aku, Kelantan. Ye la, bila kat sana, mana ada kena beli macam ni. Kalau beli pun takder la sampai mahal macam ni. Aku beli sikit je sayur kacang campur kerang dah kene dua ringgit. Mahal betul. Hishhhh.
Masuk waktu berbuka puasa, aku pun berbuka la bersama deli dan saman. Malam ni, aku pegi berterawih kat Masjid. Lepas balik dari masjid aku singgah jap kat kdai Mat. Minum air apple suam. Lepas tu balik umah. Taip blog. Sekian. Syukran.

Isnin, September 01, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan