Selasa, Ogos 26, 2008

 Sudah Kembali

Assalamualaikum,

Aku sekarang sudah berada diPerak. Sudah kembali dari desa tercinta. Lebih kurang pukul 11pagi bertolak ke Perak pada Ahad 24hb 0808. Sampai kerumah lebih kurang pukul 6ptg. Satu perjalanan yang agak lama. Ini kerana banyak tempat disinggahi seperti di Bukit Bunga, tempat makan dekat Tasik Raban dan akhirnya hospital Ipoh sebelum tiba dirumah.
Hospital Ipoh menjadi persinggahan yang agak lama. Kesana melawat teman seperguruan yang baru selesai pembedahan mengeluarkan air dari paru-paru. Berada di Wad 7A itu banyak memberi pengajaran bermakna untuk diri aku akan hakikat nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah. Mendengar cerita dari teman yang menghuni wad tersebut bahwa, selama dia menetap disitu, sudah berapa jiwa sudah dipanggil Illahi akibat ganguan kesihatan. Paru-paru berair,sakit buah pinggang, demam denggi, dan sebagainya antara penyebab kematian. Betapa aku menyedari bahawa nikmat kesihatan yang Allah berikan amat bermakna. Jadi gunakanlah nikmat ini sebaiknya sebelum ianya ditarik balik oleh Allah.
Aku tinggalkan hospital tersebut dengan seribu kesedaran menyelinap dibenak jiwa. Harapnya, kesedaran ini akan berkekalan demi memandu aku menuju jalan redha Illahi.
Dalam perjalanan balik, aku disedarkan lagi tentang kefanaan dunia dan seluruh isinya. Beberapa kemalangan berlaku. Aku terkedu, takut, risau, dan bimbang. Betapa hidup ini tak kekal lama. Pasti setiap sesuatu yang ada dimuka bumi ini suatu hari nanti akan binasa. Termenung aku seketika. Cukupkah amal ibadatku sekiranya kebinasaan itu melanda diriku??..Mohon dilanjutkan usia dan diberi taufik hidayah dari yang Maha Kuasa agar berjaya mengawal diri dan nafsu dalam menempuh hidup yang sementara ini.
Lebih kurang pukul 6petang, aku pun tiba dirumah. Keesokkan harinya, Isnin 25hb 0808, kehidupanku berjalan seperti biasa seperti sediakala setelah seminggu bercuti dikampung.
Syukran.

0 respon: