Sabtu, September 06, 2008

 5 Ramadhan 1429H

Hari ini hari Jumaat. Hari kelima puasa. Oleh kerana Ustaz Redzuan pergi mendengarkan taklimat pengawas peperiksaan, aku mengambil alih mengetuai bacaan Yaasin untuk murid-murid tahun enam.
Semasa bacaan Yaasin dibaca, hatiku tersangatla geram melihat budak-budak tahun 6 tu. Bukan kesemuanya, sebilangannya sahaja. Ada ke diaorang boleh bergelak ketawa lagi semasa orang dok mengalunkan bacaan Yaasin. Pompuan laki sama aje. Nak aja aku terajang seorang demi sorang, tapi sifat sabar aku melarang. Selesai bacaan Yaasin, aku tenung sorang demi sorang dengan renungan tajam seperti Hulk yang baru transform. Masing2 tunduk buat2 tak tahu. UPSR sudah terlalu hampir tapi mereka masih lagi hidup dalam keadaan yang seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku. Terlalu rendah tahap kesedaran mereka akan betapa pentingnnya peperiksaan tersebut walaupun guru2 sudah berbuih menasihatkan. Bukanlah semua yang berperangai begitu tetapi segelintir pelajar yang mungkin tidak sedar tujuan mereka dihantar kesekolah.
Hari ni aku sebagai 'orang' data diarahkan untuk membuat borang KWAPM. Disuruh tiru sebijik borang yang dihantarkan menggunakan excel. Pening jugak kepala aku menggodek komputer untuk membuatnya. Timbul masalah macamana nak jadikan tulisan itu turun kebawah, taknak terus menerus kenan. Cari punya cari jumpa la. Rupa2nya kene tekan butang "wrap" tu. Maklumla..aku ni jahil skedikit pasal excel. Kalau suruh guna adobe photoshop tau la aku.
Lepas abis waktu sekolah, balik la aku kerumah. Bersiap2 untuk ke masjid solat Jumaat. Selesai solat Jumaat, MatLan mengajak kami pergi membeli bahan2 mentah untuk dimasak sebagai juadah berbuka. Hari ni special, MatLan masak ikan keli percik. Fuh...terangkat nafsu makan aku. Tapi masa waktu berbuka, aku merasa tersangatla loyanya. Pening kepala dari tadi lagi. Masa dok format komputer Matlan, kepala aku dah mula pening. Lepas tu Deli mengajak ke Tapah untuk ke Bazar Ramadhan. balik dari Tapah bertambahla pening kepala aku. Lepas solat maghrib, selepas menyapu minyak, aku terus baring. Tak boleh bangun. Kalau bangun rasa pening menikam kepala aku. Aku terlena dalam kepeningan sampai pukul sebelas. Solat Isyak pukul 12 hampir pukul satu. Lepas tu aku terus tido sampai pagi...

0 respon: