Rabu, Ogos 05, 2009

 Al-Fatihah...

Salam,

Pada malam semalam tepat jam 11.30mlm aku dikejutkan dengan mesej dari kawan aku. Mesejnya berbunyi.." Cik An dah meninggal dunia pada jam 11.15 mlm ni. Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.."Terkedu aku seketika...

Cik An merupakan bekas pekerja ditempat kerja aku. Beliau merupakan seorang yang sangat baik, pemurah dengan senyuman dan tidak lokek. Sudah lama arwah mengidap kanser payudara. Semenjak itulah beliau berhenti dari berkhidmat kat tempat kerja aku tu. Seingat aku semenjak dari tahun lepas lagi.

Kali terakhir aku berjumpa beliau ialah semasa aku melawat beliau awal tahun ini. Waktu itupun aku sudah lihat perubahan pada susuk badannya. Badannya sudah semakin kurus. Melihat air mukanya waktu itu aku tahu betapa sukarnya dia menghadapi semua itu. Namun beliau tetap tabah. Masih sempat melontarkan senyuman pada sahabat handai rakan taulan yang datang berziarah.

Aku masih ingat lagi...sewaktu beliau masih bekerja, beliau selalu bawakan makanan untuk dirasa bersama. Ada bubur, ada cucur kodok, ada buah-buahan dan macam-macam lagi...Namun kini semuanya tinggal kenangan....walau apapun...aku berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman...sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti bagi makhluk yang bernyawa...sedekahkanlah Al-Fatihah untuk arwah..

1 respon:

awesulong berkata...

walaupun tak kenal tp semuanya adalah saudara seagama...Al-Fatihah!