Selasa, April 28, 2009

 Pemantauan...

Salam,

Hari ini boleh dikatakan semua sekolah di daerah aku dilawati oleh pemantau dari JPN. Maka sebelum kedatangan pegawai tersebut maka sebuklah para guru menyiapkan fail-fail yang patut disiapkan. Bertungkus lumus bagi memastikan tiada cacat celanya.Instrument pemantauan yang yang ingin dipantau dipenuhi. Kalau sebelumya tidak ada, mungkin disebabkan terlepas pandang ataupun kekurangan maklumat, dengan adanya panduan instrument pemantauan yang diberi, maka ia dapat diwujudkan.Begitulah hidup ini.

Sebenarnya kita hidup didunia ini selalu dipantau. Di kanan ada pemantau, di kiri ada pemantau. Instrument pemantauan telah diberi bagi menjamin kebahgiaan hidup disini dan disana. Cuma kealpaan kita sebagai hamba dan juga ketaksuban pada dunia melupakan kita. Walupun kita sedar setiap saat kita diperhati, yang baik ditulis, yang buruk pun ditulis, namun masih ada yang engkar dangan hakikat kehambaan kepadaNya. Masih lagi melakukan apa yang ditegah, dilarang...Semoga kita sentiasa berjaga-jaga. Hidup tak lama...tiba masa kita akan kesana...cuma faktor masa yang membezakan.


Sekian.

0 respon: