Salam untuk semua,
Sudah agak lama aku tidak menulis dalam blog ni. Semenjak internet kat rumah aku dipotong hari tu kerana pindah rumah, semenjak itulah aku jarang posting dalam blog ni. Ditambah pula awal musim persekolahan. Memang sebok.
Hari ini aku gagahkan diri jua untuk posting walau hakikatnya aku skrg dalam keuzuran. Semalam aku selsema tak henti-henti. Sepatutnya aku harus menyertai latihan rumah sukan untuk rumah aku namun kerana tidak tahan sangat, aku bergegas untuk pulang. Kepala semakin pening. Mujur aku sempat sampai kerumah. Dalam perjalanan 30km lebih itu, banyak kemungkinan boleh berlaku dalam keadaan aku macamtu.
Selepas solat zohor, aku terus ke klinik berhampiran. Sudah tak tahan rasanya. Hidung aku tersumbat. Bernafas hanya melalui mulut aje...Sampai keklinik aku tgk dipintu masuk klinik ada tertera perkataan "Closed". Klinik tu tutup pulak. Esok baru buka. Dalam keadaan terhoyang hayang macamtu, aku keklinik satu lagi. Sampai keklinik itu, lepas aku bagi kad pengenalan aku, akak tu berkata "Dik, adik kena tunggu sebab doktor pukul 3.30 baru sampai.." aku terkedu sekejap. 3.30? skrg baru 2.30...maknanya sejam lagi aku harus tunggu. Nak taknak lepas amik kad dari akak kat kauter tu, aku bonceng motor aku balik kerumah balik. Aku merebahkan diri diruang tamu sebaik sampai dirumah. Tak tahan sangat. Aku tertido dalam keadaan yang cukup tersiksa.
Pukul 3.30 aku bergegas keklinik balik. Bimbang takut-takut kalau orang sudah memenuhi. Memang sah tanggapan aku. Ramai orang sedang menunggu rawatan kat klinik itu. Dalam benak hati aku, aku terfikir, mungkin lambat lagi nama aku akan dipanggil. Dengan keadaan lemah longlai, aku menunggu dengan sabar. Tapi sekejap selepas tu tak sampai lima minit, nama aku dah dipanggil. Rupa2nya pihak klinik ambil kira sbb memang kalau diikutkan, aku yang sampai awal tapi dek kerana doktor tiada lagi masa tu aku terpaksa balik dahulu. Terima kasih untuk pihak klinik yang prihatin.
Selepas diperiksa,ternyata aku memang demam. Pada mulanya, doktor tu bimbang jugak sbb ramai dah penduduk yang tinggal kat taman aku tu dah kene penyakit Cikungunya. Tapi ternyata demam aku tu demam biasa. Kalau demam cikungunya, pesakit yang demam itu tidak ada batuk-batuk dan selsema. Tetapi tahap kepanasan badan pesakit amatlah tinggi.
Selepas dapat ubat dan sijil sakit, aku pun pulang kerumah. Terus makan ubat-ubat yang diberi selepas menghabiskan sepolesterin nasi goreng.
Pada malam tu, kesan daripada ubat yang dimakan, selepas maghrib, badan aku rasa terhoyong hayang. Rasa lemah sangat. Aku terus membaringkan diri. Sedar2 dah hampir pukul 5 pagi. Terkejut aku. Tapi ada sesuatu yang lebih mengejutkan aku. Aku ada terima sms dari sedara aku yang berbunyi..."Salam...abang pian baru saje meninggal dunia lebih kurang jam 4 pg td...al-Fatihah..." terkedu akuu...Abg pian suami sepupu aku dah takder. Rasa sebak juga dada aku. Ye la, arwah abg pian banyak juga menolong aku....apapun semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.
Begitulah hidup kita ini. Tak kira masa atau usia, bila-bila masa saja kita boleh dijemput pergi. Kematian adalah fitrah bagi semua makhluk. Cuma masa saja yang membezakan. Mungkin demam yang aku alami ini sedikit sebanyak sebagai tanda peringatan dari Allah tentang kematian. Supaya aku sentiasa ingat bahawa ia akan datang bila-bila masa saja. Moga aku sentiasa bersedia untuk itu.
Sekian,
Kumbe Male
Jumaat, Januari 16, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 respon:
Catat Ulasan