Salam,
Lama dah tak update. Selalu tertangguh. Penat sangat skrg ni. Banyak keje nak kene buat. Biasalah dah nak akhir tahun. Minggu ini merupakan minggu last unutk P&P bagi sessi persekolah . Minggu depan bebudak dah mula pereksa.
Masuk minggu depan lagi banyak bende nak kena selesaikan. Dengan penghantaran datanya,dgn program zonnya, program sekolah lagi, persiapan itu, persiapan ini. Pendek kata warga sekolah mmg sibuk bila diambang akhir tahun. Semalam aku menghadiri mesyuarat utk program diperingkat zon. 8/11 nanti akan berlangsungnya program tersebut.Dalam mesyuarat tersebut ada juga disebutkan bahawa kemungkinan kami akan berkursus dalam cuti. Ada yang mendengus, ada yang buat muka lima belas sen, ada yang tersenyum(tak tahu pasal apa, mgkin terlalu tension sbb kene kursus dlm cuti)ada yang buat2 tak dengar, ada yang menjeling kawan. Macam2 ragam ada. Apa taknya. Orang lain dah boleh mula cuti. Boleh balik kg tapi kami kene kursus plak huhuhuhu...
Apapun dikala ini, nilai kesabaran itu amat penting. Tahap kesabaran perlu dipertingkatkan supaya tak ada yang bertukar menjadi Hulk akibat terlalu tertekan dengan keje yang banyak. Ketenangan perlu dicari dikala ini demi menjaga diri dari menjadi salah seorang penghuni hospital bahagia.
Jumaat, Oktober 24, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 respon:
Sabar yer...Semoga sumenyer dipermudahkan..Jgn tensen2. Biase latu kan.. =)
Mudah-mudahan diberi kesabaran dan ketaqwaan...moga ketenangan itu milikku...:)
salam kumbe... semoga terus tabah... hidup ni mmg byk likuannya...
Catat Ulasan