Isnin, Oktober 27, 2008

 Aku dan Tekanan...

Salam,

Seperti sedia maklum, skrg ni banyak keje yang perlu disiapkan. Dek kerana kerja yang bertimbun, tekanan keatas minda dan otak tak dapat nak disangkal lagi. Tetapi pada detik skrg ni, stress boleh dikatakan menurun skit. Selepas balik dari 'derak' dgn deli hari ni, aku rasa tekanan berkurangan skit. Esok mgkin aku dapat kesekolah dgn hati yang tenang dan gembira seperti kanak-kanak.

Hari sabtu 2 hari yang lepas, aku dan Deli ke KL untuk menghabiskan cuti Deepavali sambil mencari ubat untuk menghilangkan strees dek bebanan kerja akhir tahun yang bertimbun. Selepas waktu zuhur, selepas menghadiri rumah terbuka jiran sebelah rumah aku ini, aku dan deli bertolak ke KL.Kami sampai diperkarangan flet Abdullah Hukum lebih kurang pukul 4 lebih. Selepas Nasif turun kebawah dari tingkat 5, kami pun menuju ke Lembah Jaya untuk kerumah Aslam.

Sesampai dirumah Aslam, Nuar sudah menunggu. Rupa2nya dia pun ada sama. Tak sangka dapat berjumpa dgn beliau disitu. Pada malamnya, aku,deli, nasif dan aslam ke menara tinjau yang berdekatan dengan tempat tu untuk melihat keindahan bandaraya KL dr atas.


Keindahan KL jelas kelihatan diwaktu malam...



Bergambar berlatarbelakangkan menara peninjau...




Kami balik dr menara tersebut dalam pukul 10 lebih. Kami tak terus balik kerumah sebenarnya kerana selepas itu kami ke Gombak untuk makan satay kajang Sahmuri cawangan Gombak. Disana terserempak pulak dgn Wahid dgn wife dia. Mmg tak sangka betul. Pastu masa dok makan2 tu, jumpa pulak dgn Amin Idris dgn Amil. Ramai sungguh member lama yg kami jumpa mlm tu. Bukan tu aje. Aku siap terserempak dgn abg aku lagi. Rupa2nya dia datang bercuti kat KL ni sempena cuti Deepavali. Tak sangkakan. Semuanya Allah yang menentukan.
Balik dari Gombak, kami kerumah Aslam. Malam tu kami tido dirumahnya. Lebih kurang pukul 12lebih kami sampai dirumahnya.

Keesokkan harinya, Aslam mengajak kami ke air terjun bukit belacan. Best dapat berendam dalam air yang sejuk itu. Mandi punya mandi sampai pukul 11 lebih. Kami pun berangkat pulang memandangkan selepas zohor nanti Nasif kene buat liputan pasal majlis pertunangan seorang artis.


Mandi manda di air terjun bukit belacan yang sejuk menusuk kalbu...



Selepas makan tengahari, kami pun berangkat la balik ke Abdullah Hukum. Selepas parking kereta disana, aku dan deli naik bas ke Lowyatt. Nasif pula bergegas ke tempat kerja. Menantikan dia habis kerja, aku dan deli pun melilau la ke Kl, pergi lowyatt, tinjau2 barang kat sana. Aku beli dakwat dan pendrive 8gig untuk cikgu aku. Dalam pukul 7 malam, kami bersua balik. Malam tu aku, deli dan nasif jalan2 ke MidValley layan Max Pyne hehehehehe...pastu balik umah terus tdo. Penat sgt buat jalan2..:)

Keesokkan harinya, hari Isnin, aku dan deli bertolak seawal jam 10 untuk keBidor. Terima kasih untuk semua kengkawan terutama Aslam dan Nasif. Ada masa kita jumpa lagi. Sedikit sebanyak percutian ni menghilangkan tekanan pada minda aku dek bebanan keje akhir tahun yang agak banyak.


0 respon: