Isnin, September 08, 2008

 8 Ramadhan 1429H

Selamat Berpuasa Untuk Semua,

Hari ini hari kelapan puasa. Seperti biasa, pukul lima pagi aku bangkit dari tempat peraduan untuk makan sahur. Seperti biasa juga, martabak menjadi pilihan untuk makanan sahur. Dalam masa yang sama, aku pergi keapur untuk panaskan air. Wayar pula tidak ada. Aku pun selongkar bilik aku. Jumpa wayar enclosure aku. Aku pinjam kejap sebab kepala dia ngam dengan kepala pemanas air tu. Aku sambung balik menghabiskan martabak yang masih lagi tinggal. Tengah asyik makan martabak, tiba-tiba kawa serumahku menjerit. "Liiii..woyarmu berasak..!!"..Aku bergegas kedapur. Wayar yang aku plug in ke pemanas air tadi berasap. Getahnya dah mencair. Aku cepat-cepat offkan suisnya. Nasib baik tidak ada apa-apa yang berlaku. Seluruh ruang dapur aku dihiasi bau hangit dari wayar tersebut. Maka pagi tu, aku minum milo dgn air suam je la....sbb tak boleh nak panaskan air huhuhuhu...

Selepas solat subuh, aku bertolak kesekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, sebuah kereta polis melintasi aku dengan laju sekali sambil membunyikan sirennya. Terkejut aku dibuatnya. "Mungkin polis itu mengejar perompak agaknya"....detik hati kecil ku. Jangkaanku meleset. Sejurus kemudiaan aku ternampak ada dua orang berdiri ditengah jalan sambil memberi isyarat perlahan dengan lampu yang dipegangnya. Rupa-rupanya didepan tu ada berlaku kemalangan. Sebuah proton wira terbalik dengan keempat-empat tayarnya keatas dan sebuah van disisinya remuk dibahagian depan. Anggota bomba dan polis juga berada disitu.Ooo..rupa-rupanya kereta polis yang memotong laju aku tadi rupanya mahu ke situ.

Pukul 7.30 aku sampai kesekolah. Hari ni hari perhimpunan mingguan. Tema minggu ini ialah Yakin Boleh. Cikgu Mat Isa dan Cikgu Azlina yang bertugas pada minggu ini.Selesai perhimpunan aku terus kepejabat. Mintak disket dengan siti lepas tu terus ketempat duduk .Transfer data KWAPM tu ke disket untuk diberikan kepada PK HEM aku untuk dihantar esok.

Lepas habis mengajar, aku pun pulang kerumah. Dalam perjalanan kerumah, aku ternampak sebuah kereta ditarik oleh truck penarik kerana bahagiannya remuk, macam yang aku lihat pada van yang kemalangan pagi tadi. "Kemalangan lagii.."bisik hati kecilku. Aku terus memecut motorku kerumah.

0 respon: