Sabtu, September 06, 2008

 6 Ramadhan 1429H

Hari keenam puasa. Hari ni hari Sabtu. jadi aku tak bersekolah la. Cuma Matlan sorang je yang bersekolah sbb sekolah dia ganti cuti. Entah cuti apa ntah yang diganti. Selepas Subuh, selepas mengadap komputer sekejap, dalam pukul sembilan pagi, aku membaringkan diriku. Pening kepala aku masih terasa sisa2nya. Aku pun cuba untuk tidur supaya sakit tu tidak berpanjangan. Alih2, aku terjaga hampir pukul 12tghari. Bila bangun, aku dapati deli dan saman tiada dirumah. Mereka ke bengkel motor untuk memasang sport rim pada motor deli. Ustaz zaidi msg aku bertanyakan bila aku mahu kerumahnya. Opppss...aku terlupa..semalam aku cakap dengan dia mahu kerumahnya pagi sabtu. Aku bangun tidur pun dah hampir zohor, dah tiada pagi dah. Jadi aku janji la dgn dia nak pergi selepas solat Zohor. Aku bersiap2. selepas solat zuhur di masjid Bidor, aku terus kerumahnya untuk mengambil bahan2 untuk P&P Agama Islam. Sesampai kerumahnya, dalam pukul 3, hujan turun lagi. Aku ingatkan panas sampai kepetang rupanya hujan selepas zuhur. Tungu punya tunggu, dah masuk waktu Asar pun hujan belum berhenti. Aku pun apa lagi, redah ajela hujan yang bercucuran itu bersama baju hujan yang setia denganku. Aku tak terus kerumah. Aku ke bazar ramadhan. Hari ni aku pegi membeli martabak dari orang yang tersohor diBidor ni dgn martabaknya. Dapatla aku membeli 3 bijik martabaknya. Selalunya habis je. Tapi hari ni aku antara orang yang terawal hehehhe.

0 respon: