Isnin, September 22, 2008

 22 Ramadhan 1429H

Salam semua,

Hari ni masuk hari ke 22 berpuasa. Hari ini hari perhimpunan disekolah. Guru yang bertugas sepatutnya Anisah tetapi digantikan oleh Sanusi dan Kak Foziah kerana ketidakhadiran beliau.Hari ini juga guru-guru yang dilantik untuk memeriksa kertas Bahasa Melayu dan Matematik hadir kesekolah aku untuk memeriksa kertas.

Hari ini aku memulakan sessi latihan untuk kalam jamae'. Seramai 30 orang murid dipanggil menyertainya. Tahun satu, dua dan tiga antara kelas yang terlibat dalam latihan kalam jamae' ni. Selepas rehat, latihan pun bermula. Aku dan Ustad Ridzuan yang menjadi trainer mereka. Ala kadar je sbb aku pun tak tahu sgt format untuk kalam jamae' ni. Ustad Ridzuan pun lebih kurang aku la. Namun Latihan berjaya diadakan dengan baik. Bebudak tu pun melakukannya dengan baik. Lebih kurang pukul 11.30tgh, latihan pun ditamatkan dan akan disambung keesokan hari.

Balik dari sekolah, selepas menunaikan solat zuhur, aku bergegas keluar rumah untuk ke Tapah. Tujuan aku adalah untuk membuat akuan sumpah untuk pengesahan jawatan aku. Dalam perjalanan kesana, aku singgah dikedai gambar untuk mencuci gambar yang dikirim oleh Sanusi.Setelah itu aku pun terus memecut motorku ke Tapah. nasibku baik kerana pejabat pesuruhjaya sumpah masih dibuka. Selepas membuat akuan sumpah, aku pun terus balik kerumah. Aku menggunakan jalan lebuhraya dari Tapah ke Bidor. Dalam perjalanan balik, aku singgah sekejap diperhentian Tapah. Saja je. Nak tengok keadaan. Orang tak berapa ramai sangat. Selepas itu aku meneruskan perjalanan balik kerumah.

Selepas solat asar, aku keluar lagi. Kali ini aku keluar kebazar Ramadhan. Balik dari bazar, aku ke pam minyak petronas isi minyak 6 ringgit. Lepas itu aku kekedai gambar untuk mengambil gambar yang aku hantar tadi sebelum ke Tapah. Aku janji pukul 6.30. Jam dah menunjukkan pukul 6.35. Aku memecut laju kekedai tersebut. Sampai kekedai tersebut aku terkejut melihat jam dekat dinding kedai tersebut menunjukkan pukul 6.30 tepat. Rupa-rupanya jam aku yang cepat. Gambar waktu tu belum semuanya siap di cuci. Ada masalah dgn mesin cetak gambar tersebut. Terpaksa la aku menunggu. Lebih kurang pukul 6.45, siapla gambar tersebut dan aku tanpa berlengah lagi terus pulang kerumah.

Petang itu aku berbuka bersama2 MatLan dan Saman sahaja kerana Deli berkursus laman web di Hotel Sri Malaysia di Taiping.
Pada malamnya, selepas solat Terawih, aku singgah sekejap di kedai Suria. Order apple suam sambil tengok citer. Lebih kurang kul 10.50, aku pun pulang kerumah...

0 respon: