Rabu, September 17, 2008

 17 Ramadhan 1429H

Salam,

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni dah masuk hari ketujuh belas. Dah lebih separuh dah puasa. Terawih pun dah baca Qunut dah. Hari ni hari Nuzul Quran. Aku cuti. Aku tak buat apapun. Pagi hari ni aku cuma ngadap laptop update blog aku yang tertinggal utk diupdate.

Hari ni kat tempat aku ada pasar malam. Jadi ptg tu aku singgah jap dekat pasar malam tu semasa on da way nak ke bazar Ramadhan. Tinjau2 seluar kat gerai bundle tu. Org cam aku ni pakai seluar bundle aje laa....Tengok punya tinjau, takder lak yang berkenan di hati sanubari aku. Jadi aku pun berangkatla ke bazar untuk mencari sedikit bekalan untuk berbuka puasa. Apa lagi kalau bukan yang biasa hehehhe.

Petang itu, berbukalah puasa aku bersama2 dengan teman serumah sewa aku. Juadah hari ni cukup simple. Aku makan pun sekadarnya sahaja. Tak memenuhi ruang sangat. Masa pegi solat terawih, aku steady je. Yela, tak kenyang sangat. Beribadah pun khusuk...:).....balik dari masjid aku singgah pasar malam jap. Tadi lupa nak beli tali pinggang ataupun ikat pendir. Lepas membayar sebanyak 10 ringgit malaysia sahaja, aku pun beransur dari pasar malam tu menuju ke kedai Mat atau pun lebih dikenali dgn Suria. Pekene radix secawan. Pastu apa lagi...balik rumah la...vrooom...aku memecut motorku sederhana laju....

2 respon:

Linderque berkata...

Juadah biase... martabak dgn air soya..hehe :)

Kumbe Male berkata...

itu sudah semstinyaa...hidup martabakkk...hehehehe